Saya sebagai Pegawai Farmasi di Hospital Pengajar Universiti (HPU) menyokong tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang tegas menolak sebarang tajaan daripada syarikat arak untuk sekolah-sekolah di bawah KPM.
Ini berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018 yang melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani (rujuk kenyataan dari Menteri Pendidikan).
Saya menyelar tindakan Dong Zhong serta mana-mana pihak dan ahli politik yang cuba menekan agar KPM atau kerajaan menerima sumbangan dan secara tidak langsung mempromosi arak pada banner-banner dalam acara-acara yang melibatkan sekolah-sekolah KPM, samada SK, SJKC, SJKT dll.
Arak memang diketahui memberi kesan buruk kepada kesihatan serta sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak dan remaja bawah umur. Jadi, saya 100% menyokong KPM di bawah Y.B. Fadhlina Sidek berkenaan isu ini (larangan tajaan oleh syarikat arak di sekolah-sekolah).
Malah, arak juga dilarang keras untuk umat Islam terlibat dengannya samada menjual, membeli atau mempromosi.
Aisya Nabilah binti Abd Rahman
Pegawai Farmasi
Ahli Sektor Farmasi