#KitaJagaKita

Pakaian Jururawat : Sopan Dilihat, Tidak Ketat

354881971_572158751740282_1173765051479898825_n

Jawapan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah, supaya sesiapa yang tidak bersetuju dengan pakaian jururawat yang ketat, untuk tidak memandang jururawat tersebut, sebagai jawapan balas kepada Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor, dilihat sangat melampau kerana tidak berpijak atas asas negara Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, iaitu Islam sebagai agama bagi negara Malaysia.

Sedikit sebanyak, cadangan ahli Parlimen Kuantan tersebut, supaya pihak kerajaan meneliti hal ini, sangat membantu mengurangkan keresahan sebahagian jururawat yang prihatin dan cakna tentang pakaian seragam mereka yang tidak patuh syariah.

Bukan Ahli Parlimen Kuantan yang sepatutnya meminta maaf kepada jururawat di Malaysia, tetapi Ahli Parlimen Tebraulah yang sepatutnya meminta maaf kpd seluruh jururawat di Malaysia yang majoritinya beragama Islam! Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Sin, juga tidak perlu bersuara untuk mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kuantan itu salah meletakkan keutamaan.

Oleh itu, I-Medik Kuala Lumpur memandang serius dan menyambut baik jika isu pakaian seragam jururawat ini diberikan perhatian oleh pihak kementerian bagi membantu para jururawat untuk memilih cara pemakaian yang lebih patuh syariah.

Mohd Roslani bin Hashim

Unit Media & Sektor Kejururawatan

I-Medik Kuala Lumpur