#KitaJagaKita

Limpahan pesakit di Hospital Gaza

Pesakit hospital Gaza melimpah

Pakar perubatan Aman Palestin – IMedik Malaysia berkumpul sebelum menaiki bas untuk melepasi pusat pemeriksaan tentera Mesir kali kedua bagi memasuki Gaza melalui pintu Rafah, semalam

Serangan ke atas wilayah Gaza oleh rejim penjajah zionis Israel yang memasuki minggu kedua telah menyebabkan hospital-hospital di Gaza menerima limpahan pesakit yang cedera dan memerlukan rawatan.


Ketua misi perubatan I-Medik Malaysia, Dr Mohd Nor Sundari, berkata keadaan di Gaza semakin kritikal dan terlalu sukar untuk digambarkan. 

Katanya rancangan penjajah Israel untuk membuat serangan darat menambahkan lagi ketegangan dan bakal menyebabkan lebih banyak kecederaan dan kematian terutama kepada penduduk awam.

Bagi anggota misi perubatan, mereka berasa sangat kecewa dan terkilan kerana cubaan kali ketiga untuk memasuki Gaza melalui pintu Rafah di halang oleh penjaga sempadan. Mereka di beri alasan pintu sempadan di tutup dan keadaan di sangat berbahaya dan mengarahkan pasukan perubatan berpatah balik ke Kaherah.

Pakar bius dari Hospital Columbia Setapak, Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar, yang menyertai misi ke Gaza buat pertama kali turut melahirkan kekecewaan kerana belum berpeluang memasuki Gaza selepas dua hari mencubanya. 

“Saya kecewa kerana hasrat membantu mangsa peperangan terhalang,” kata ibu kepada tiga anak itu. 

Walaupun wakil rombongan merayu agar dibenarkan meneruskan perjalanan, pihak berkuasa Mesir enggan bertolak ansur yang menyebabkan seluruh misi berpatah balik ke Kaherah. 


Gambar ihsan Berita Harian