#KitaJagaKita

I-Medik Minta Kerajaan Kekalkan Larangan Babit Alkohol Di Sekolah

452547044_520411147010482_1522451010063061925_n
Presiden I-Medik, Profesor Dr Azizi Ayob memaklumkan, I-Medik mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengekalkan serta melaksanakan larangan tersebut tanpa rasa takut dan berbelah bahagi terhadap mana-mana pihak.
Tegasnya, supaya tiada ada satu ruang pun dibuka bagi membenarkan aktiviti pemasaran alkohol ke dalam institusi pendidikan sama ada di peringkat rendah mahupun tinggi.
I-Medik dengan sebulat suara menyokong peraturan pekeliling yang telah ditetapkan oleh KPM yang melarang sumbangan babit hasil judi, rokok, minuman kepada sekolah.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan KPM dapat mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: