TAK EFEKTIF KALAU NAK SARING #HIV KEPADA SEMUA. AKTIVITI HOMOSEKSUAL YANG LEBIH PERLU DIBANTERAS!
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Naib Presiden I-Medik, Dr. Mohd Ihsanuddin Abas, mewajibkan ujian saringan HIV kepada pelajar IPT adalah suatu yang tidak efektif.
Beliau berpandangan adalah lebih baik sekiranya menemukan dan mengekang punca sebenar di sebalik peningkatan HIV yang secara drastik dalam kalangan pelajar IPT.
“Buat pada masa ini, untuk mewajibkan atau menyaring semua, pelajar IPT adalah suatu yang tidak efektif sebenarnya,” katanya.
“Tapi kita sepatutnya mendidik mereka, tentang apakah punca tentang penyakit HIV, supaya mereka boleh pergi jauh daripada punca berkenaan dan mendapatkan rawatan sekiranya mereka terjebak dengan HIV.” ujarnya kepada TV Pertiwi pada Rabu.
Dr Ihsanuddin turut mendedahkan trend gaya hidup homoseksual dalam kalangan belia menjadi punca utama kepada peningkatan penyakit berjangkit HIV.
Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan pelajar IPT yang dijangkiti HIV di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun meningkat hampir 24 peratus.
Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: