I๐—œ-๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—ฃ ๐—ž๐—ž๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐Ÿฏ,๐Ÿญ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ

I-Medik memandang serius penulisan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia #KKM, Datuk Dr. Mahathar bin Abd Wahab di akhbar Berita Harian bertajuk “Pemergian pakar perubatan isyarat ‘apa lagi perlu diperbaiki'”. Isu peletakan jawatan melibatkan 3,127 pakar perubatan, pegawai pergigian, dan pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 2012 hingga awal 2026 merupakan satu isyarat jelas yang memerlukan reformasi struktur kesihatan negara.

Sehubungan itu, I-Medik menyatakan sokongan penuh terhadap keterbukaan KP KKM yang menyarankan agar semua pihak berkepentinganโ€”merangkumi agensi pusat khususnya Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sektor swasta, akademia, dan badan profesionalโ€”untuk duduk bersama bagi meruntuhkan tembok silo demi mencari jalan penyelesaian yang tuntas dan menyeluruh untuk menyelamatkan system kesihatan Malaysia.

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai sistem kesihatan yang terbaik di dunia kerana telah berjaya memberikan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, kedudukan, status sosio-ekonomi dan tempat lokasi pesakit. Sistem kesihatan ini telah berkembang baik sejak kemerdekaan negara dengan pelbagai program pembangunan fasiliti kesihatan dan professional perubatan dalam pelbagai sektor.

Ia telah berjaya memenuhi keperluan kesihatan rakyat dengan kadar akses yang tinggi pada kos yang sangat murah dan pada masa yang sama menepati standard antarabangsa. Sistem kesihatan kini telah berjaya menurunkan kadar kematian secara umum, kematian ibu dan anak kepada kadar yang sangat rendah berbanding negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Sistem kesihatan Malaysia juga telah berjaya melahirkan pakar-pakar perubatan, doktor, jururawat, ahli farmasi, dan profesional kesihatan yang diiktiraf setanding dengan kebanyakan negara maju.

Justeru, sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan ini mesti dipertahankan kualiti dan akses yang baik kepada rakyat dengan pembaikan yang berterusan yang boleh dikhususkan kepada:
1. Pembangunan sumber manusia bagi sektor klinikal yang lestari.
2. Pembangunan infrastruktur kesihatan dan perubatan yang berterusan.
3. Pembaikan fasiliti dan peralatan perubatan lama.
4. Pendidikan penjagaan kesihatan kepada rakyat.
5. Pembaikan sistem pembiayaan kesihatan agar lebih lestari dan berdaya tahan.

I-Medik mencadangkan rujukan semula dibuat kepada Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan di Parlimen oleh mantan Menteri Kesihatan Dr Zaleha Mustapa yang salah satunya menekankan aspek pembiayaan kesihatan.

Sistem penjagaan kesihatan yang dianggap baik lazimnya memerlukan jumlah perbelanjaan kesihatan sekitar 8% hingga 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun pada masa ini, Malaysia membelanjakan kira-kira 4.6% daripada KDNK untuk sektor kesihatan secara keseluruhan, dengan perbelanjaan awam menyumbang hanya sekitar 2.4% daripada KDNK.

I-Medik menggesa Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan supaya meningkatkan perbelanjaan awam untuk kesihatan kepada 4% hingga 5% daripada KDNK bagi membolehkan Malaysia mencapai standard sistem kesihatan bertaraf dunia.

Bagi tujuan ini, kerajaan hendaklah membuat perubahan kepada proses pembiayaan perkhidmatan perubatan dan kesihatan dengan merangka Akta Pembiayaan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan atau Healthcare Services Financing Act. Ini adalah langkah asasi kepada pengupayaan pembaikan sistem kesihatan di Malaysia.

Sebagai sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh para profesional kesihatan dan perubatan, I-Medik menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk duduk bersama-sama dengan KKM, Malaysian Medical Association (MMA), dan pihak berkaitan kesihatan dalam merangka pembaikan sistem kesihatan negara. Kami komited untuk menyumbang kepakaran strategik dalam menilai isu semasa serta merangka pelan tindakan substantif.

Sistem kesihatan yang kuat tidak akan runtuh hanya kerana perbezaan pandangan, tetapi ia akan melemah jika kita berhenti mendengar dan bertindak. Seperti yang ditegaskan oleh Datuk KP,
“Sistem kesihatan yang kuat bermula dengan petugas yang dihargai, didengar, dan disokong.”

I-Medik Malaysia, 10 Jun 2026.

Disediakan oleh:

Unit Kesihatan Awam I-Medik
– Dr Mohd Ihsanuddin bin Abas
– Dr Muhamad Danial bin Salim
– Dr Siti Aishah binti Abas

#SistemKesihatanMalaysia
#ekonomikesihatan
#IMedik
#KesihatanAwam

Leave a Comment