#KitaJagaKita

Segerakan undang-undang kawal vape, e-rokok elak kesan lebih parah

Untitled design

Kes keracunan magic mushroom oleh seorang remaja di Kemaman, baru-baru ini, sebenarnya tidak mengejutkan kita kerana sehingga kini masih belum ada undang-undang berkesan mengawal penjualan dan akses vape serta e-rokok bukan sahaja kepada golongan itu, bahkan kanak-kanak di negara ini.

Selain kes itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menerima 17 kes penyakit paru-paru, iaitu E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) berpunca daripada rokok elektronik, termasuk vape sehingga Jun tahun lalu.

Pada masa sama, 69 kes keracunan vape dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan dari 2015 hingga Ogos 2023. Antaranya pada 30 Mei tahun lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mengalami keracunan nikotin akut selepas dipercayai tertelan cecair daripada peranti rokok elektronik (vape) jenis pakai buang dalam insiden di Bera, Pahang.

Kini terdapat pelbagai jenis peranti vape dan e-rokok dijual di pasaran, antaranya sistem pod, mod dan pen kebanyakannya dalam sistem terbuka yang membolehkan pengguna menukar isian cecair vape mengikut kesukaan mereka.

#KesihatanAwam
#KawalanPenjualanVape
#vapecanduberacun

 

https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2024/07/1278607/segerakan-undang-undang-kawal-vape-e-rokok-elak-kesan-lebih-parah