Vaksin Mana Yang lebih Baik ?
1) Semua vaksin perlu menjalani Kajian Klinikal pada 3 Fasa berbeza keatas manusia sama ada vaksin itu berasal dari Amerika Syarikat, China, United Kingdom , Russia atau mana-mana negara lain. Kajian perlu dilakukan keatas manusia sebagai subjek kajian untuk mengetahui tahap keberkesanan dan keselamatan (Efficacy and Safety).
2) Semua Vaksin Covid19 yang sedang digunakan pada hari ini telah menepati kriteria ‘Safety and Efficacy’ sepertimana yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Badan Regulatory Kesihatan lain dimana mencapai sekurang-kurangnya 50% tahap keberkesanan. (Efficacy bermaksud keberkesanan)
3) Kita tidak perlu membandingkan keberkesanan sesuatu Vaksin itu dengan Vaksin yang lain kerana Vaksin yang dibangunkan bukan TUJUAN untuk membuat perbandingan sebaliknya kesemua vaksin wajib membuktikan tahap ‘Keberkesanan dan Keselamatan’.
4)Setiap Vaksin itu mempunyai ciri-ciri yang spesifik seperti kemampuan menghasilkan respon antibodi badan (tindakbalas) setelah vaksin itu dicucuk ke badan manusia. Namun, tidak dinafikan setiap vaksin boleh menghasilkan kesan samping seperti yang telah dinyatakan oleh setiap pihak pengeluar vaksin.
5)Sebagai contoh mudah, kita tidak boleh mengatakan Kereta A lebih baik dari Kereta B sekiranya tiada data mengesahkan ujian perbandingan. Sedangkan mana-mana kereta mampu membawa kita dari ‘Point A’ ke ‘Point B’. Begitulah sifat vaksin mampu menghasilkan imun respon tubuh secara spesifik tanpa perlu data perbandingan.
5) Jadi, kita gunakan ilmu dari Tuhan Yg Maha Esa berikan kepada kita untuk
menghasilkan vaksin dan manfaat atas ikhtiar ini lebih baik untuk semua pihak.
Kepada mana-mana individu yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Vaksin, boleh lah membaca buku tersebut yang saya tulis pada tahun 2017 bertajuk ‘VAKSIN: Antara Babi, Yahudi dan Konspirasi’.
Buku ini ditulis hasil pengalaman kerja saya bersama pakar vaksin dari Taiwan dan Universiti John Hopkin, Amerika pada tahun 2008-2009, dan saya belajar ilmu vaksin dari mereka.
Buku ini ditulis bukan bertujuan keuntungan, sebaliknya secebis ilmu saya untuk manfaat mereka yang dahagakan ilmu sains Vaksin.
Disediakan oleh
Prof Azizi Ayob, MD, PhD
Presiden I-Medik
—————————————————————-
1) All vaccines are required to be evaluated in 3 Phases of Clinical Trial whether it is originated from US, China, Russia, UK, etc before it can be used in human subjects.
2) All the approved vaccines currently available in various countries have met Vaccination Criteria (In terms of Safety and Efficacy) set by WHO or International Regulatory Authorities which at least must achieve 50% of Efficacy (Efficacy means Effectiveness).
3) We are not supposed to compare which one of the vaccine is better than the other, because NONE of the vaccines are designed to be developed and compared each other (Head-on comparison). Each vaccine has its own scientific basis, specificity, capability and quality to induce human Antibody.
4) Likewise, we can’t say a Car A better than Car B if we have no comparison data of the two. But both cars can bring you from Point A to Point B. They have different in terms of engine, specifications and system too (Just a simple analogy)
5) We hope for the best based on knowledge that Allah has granted to us. So let pray to Allah that all our ‘ikhtiar’ will benefits everyone.
For those who like to know more about Vaccine, you can refer to my Book, which I wrote it in a simple language for public/community benefits.
The book was written in Year 2017 based on my actual experience working with researchers from Taiwan and The John Hopkin University, US in 2008-2009. I was with them in New York to study and developed vaccine.
Thank You,
Prof Azizi Ayob.
Deputy Director
Institute For Research, Development & Innovation (IRDI), IMU.