#KitaJagaKita

Say NO to ZINA

tunjuk plaque

tunjuk plaque
KOTA KINABALU 30 Mac 2014-.  “Kembali kepada Islam dan amalan Islam yang syumul dalam kehidupan kita”. Itulah nasihat dari Ustaz Nik Anwar Zakaria, Pengerusi Darul Syifa’ Bandar Sierra, juga salah seorang panelis jemputan dalam Program “Say No To Zina & LGBTI” yang telah diadakan pada hari ini.  Ustaz juga telah menekankan tentang ayat-ayat Al Quran dan hadis yang menceritakan tentang larangan menghampiri zina dan bahana yang akan ditimpakan kepada seseorang yang melakukan perbuatan yang dilaknat Allah ini.  Program yang dianjurkan oleh Imedik Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa perwakilan kolej kediaman Politeknik Kota Kinabalu serta Rakan Pustaka Politeknik dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu ini telah mendapat sambutan luar biasa dimana kehadiran peserta melebihi 400 orang memenuhi Dewan Rafflesia di Politeknik Kota Kinabalu.  Apa yang uniknyanya ada juga peserta yang bukan beragama Islam menunjukkan minat menghadiri program tersebut.  Ustaz Nik Anwar juga telah berkongsi pengalaman menangani masalah pelajar yang terlanjur semasa merawat dan memberi kaunseling kepada mereka di Darul Syifa’ Kota Kinabalu.  Program sehari ini telah bermula dengan perasmian oleh dan Cik Suhana Binti Rubin, Penasihat JPKK diikuti dengan Ceramah bertajuk “Memahami Reproduktif Remaja/Belia” oleh Dr.Mohammad Bin Sayed Sahul Hamid Gani, Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan dan Perancang Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengerusi I-Medik Sabah.

forum1

Forum pula telah dipengerusikan oleh Dr. Mohamed Hatta Bin Mohamed Tarmizi, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Hospital Likas, Kota Kinabalu Sabah merangkap Pengerusi I-Medik Sabah dengan para ahli panel, En Mohamed Nazim Bin Manduarin, Aktivis Undang-undang dan Dr. Nathira bt. Abdul Majeed, Pakar Sakit Puan & Perbidanan dari Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas, Sabah.

Matlamat utama program diadakan adalah untuk memperkenalkan I-Medik sebagai satu wadah baru dalam mencari solusi dan pencetus kepada kerjasama semua pihak dalam memerangi gejala sosial yang semakin meruncing di negeri dibawah bayu ini. Isu permasalahan zina dan amalan seks sonsang yang semakin serius adalah masalah pokok kepada peningkatan kes pembuangan bayi, kelahiran anak tidak sah taraf yang semakin bertambah dan keguguran yang tidak sah.

 Dr Hatta

“Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pemahaman dan nasihat tentang permasalahan masalah sosial yang semakin serius ini dan solusinya iaiatu kembali kepada amalan dan pemahaman Islam”, ujar Pengerusi I-Medik Sabah ketika membuka majlis forum tersebut.

 Dr Mohammad1

Panelist kedua, En. Mohamed Nazim telah menyentuh bahagian perundangan dimana beliau telah membaca kod-kod kesalahan dalam kod akta kesalahan mengenai rogol, zina dan liwat dalam perundangan Malaysia. Beliau juga mengupas isu salah laku remaja dari sudut perundangan negara yang mana pertambahan kes di mahkamah saban tahun amat membimbangkan dan menasihati dan mengingatkan peserta tentang menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina dan hubungan sonsang ini.  Dr. Nathira, sebagai penalist ketiga pula berjaya memikat hati peserta dengan mengupas permasalahan zina dari sudut kesihatan dan perubatan serta implikasi jangka masa panjang yang dihadapi  oleh seseorang yang bergelumang dengan zina. “Kita dapat lihat pelbagai penyakit kelamin boleh ditulari yang disebabkan oleh kuman syphilis, gonnorhea dan chlamydia tracomatis serta HIV; yang mana implikasi penyakit-penyakit ini sangatlah banyak termasuklah masalah kemandulan kesan jangka masa panjang walaupun setelah diberi rawatan. Maka pentingnya pencegahan primer yakni ilmu dan kesedaran serta kembali kepada pegangan agama yang mantap”, ujar beliau ketika dipinta ulas dari sudut perubatan.

 

I-Medik Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Hasan Unus, pengarah program dan ahli-ahli jawatankuasa kerja dari politeknik kota Kinabalu yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran kempen ini berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pengarah Politkenik Kota Kinabalu, Tuan Hj. Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman yang sudi menyokong program seumpama ini.

Dr Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi
Pengerusi I-Medik Sabah.