#KitaJagaKita

Penubuhan MOHSEN Bantu Doktor Muda

P1014055

P1014055

KOTA KINABALU, 13 September: “Kita merasakan perlunya pengembelengan tenaga semua Muslim yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan kesihatan. Maka, atas sebab itulah tertubuhnya i-Medik (Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia)”, ujar Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi dalam ucapan pembukaan program MO-HO Sharing Session diadakan di sini, baru-baru ini.

Dr Mohamed Hatta turut memperkenalkan satu subset dibawah organisasi i-Medik, iaitu MOHSEN (MO & HO SEctioN) kepada hadirin yang hadir. Program MOHSEN yang pertama dianjurkan adalah program MO-HO Sharing Session, yang telah menampilkan Dr Muhammad Yusuf bin Muharam, Pakar Kemalangan & Kecemasan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) I dan Dr Norhashimah Ismail Pakar Keluarga di Klinik Kesihatan Lawas, Sarawak; serta Dr Muhammad Arif Hammed Sultan, Pegawai Perubatan di Jabatan Pembedahan HQE II selaku moderator forum.

P1013824

Program yang dimulakan tepat jam 7.15 malam ini telah disertai oleh kira-kira 30 orang houseman dan medical officer yang bekerja di hospital-hospital sekitar Kota Kinabalu.

“Dua cabaran yang paling utama yang akan mempengaruhi prestasi kita sebagai seorang houseman, ialah faktor dalaman dan luaran. Saya akui, terlalu banyak cabaran dalam kehidupan seorang doktor, tetapi, perkara yang paling utama ialah niat kita. Jika niat kita ikhlas, maka Allah SWT akan mudahkan pathway kita kerana sesungguhnya segala-gala amal itu dimulakan dengan niat. Kita perlu tahu kita tidak akan pernah dapat melarikan diri dari masalah dan segala masalah adalah ujian untuk menjadikan kita lebih baik dari semalam. Apa jua masalah, perlulah kembali kepada Allah dan sentiasa mengingati Allah SWT,” kata Dr Muhammad Yusuf selaku salah seorang ahli panel jemputan I-Medik Sabah dalam program pertama dibawah MOHSEN.

P1013889

Antara objektif penubuhan MOHSEN I-Medik ialah untuk mengumpulkan dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli I-Medik dan doktor-doktor Muslim di Sabah. Selain itu, MOHSEN juga merancang untuk menganjurkan lebih banyak sesi perkongsian di antara doctor-doktor Muslim.

Diharapkan dengan program Sharing Session seperti ini, Pegawai Perubatan Siswazah dan Pegawai Perubatan akan diberi lebih banyak pendedahan tentang pengalaman dan cara kerja kepakaran-kepakaran tertentu.

“When you tackle the fear of patient, inshaAllah they will follow you (management) especially when you is the only MO in Klinik Kesihatan. Jadi, komunikasi itu adalah salah satu aspek yang sangat penting untuk seorang doktor. Dan bagi saya, MO merupakan satu fasa yang paling menarik dalam hidup. Fasa MOlah yang akan menentukan samada kita akan terus menjadi chronic MO atau specialist. Dan saya berharap agar Muslim Doctor terus berusaha memajukan diri supaya menjadi doktor yang terbaik dalam dunia perubatan,” ulas Dr Norhashimah apabila diajukan soalan berkenaan pengalaman hidup ketika menjadi MO. Lebih menarik lagi, Dr Norhashimah turut membawa para hadirin menghayati semula bait-bait ikrar dan sumpah sebagai seorang Doktor Muslim.

Antara aktiviti-aktiviti lain malam tersebut ialah sesi soal jawab bersama para hadirin, sesi tayangan video AGENDA, sesi penyampaian saguhati kepada ahli panel dan sesi bergambar.

P1013844 P1014050 P1014028 P1013815

Program tamat tepat jam 10.15 malam dan diakhiri dengan kata-kata penutup oleh Dr Mohamed Hatta, “Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri. Maka, kita perlu bina semula jati diri kita sebagai Muslim yang sebenar dan marilah kita bersama-sama mengubah diri kita menjadi Muslim yang lebih baik dari sehari ke sehari dan kembalikanlah kejayaan orang Islam sebagai leaders of the world.”