#KitaJagaKita

Kebersihan Dalam Islam Menurut Perspektif Kesihatan

imedik kel

8 OKTOBER 2014 – BACHOK.

Wakil I-Medik Kelantan telah dijemput memberi ceramah kesihatan bertajuk Kebersihan dalam Islam menurut perspektif kesihatan. Ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Liyana Yasmin ini merupakan sebahagian dari slot yang terdapat dalam Bengkel Asas Penyucian dalam Islam bertempat di Kampus Bachok, Universiti Malaysia Kelantan.
IMG-20141018-WA0002
Ceramah membincangkan seputar topik kesihatan berkaitan bendalir yang dihasilkan tubuh badan manusia seperti air kencing, muntah, darah haid, istihadah dan nifas, jenis-jenis bahan kumuh yang lain, hukum berkaitan najis dan kaitannya dengan penyucian dalam Islam.

Antara perkara lain yang turut dibahaskan dalam bengkel tersebut ialah pemahaman asas-asas penyucian dan sesi praktikal yang dikelolai oleh Ustaz Suratemi Mat Yusof, pegawai agama dari Pasir Puteh.
IMG-20141018-WA0003
Sekitar 130 orang mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan menyertai bengkel ini. Semoga para mahasiswa yang terlibat di dalam Bengkel Asas Penyucian ini dapat mempraktikkan ilmu yang dikongsi ke arah ibadah yang sahih dan diterima Allah SWT.

“Kebersihan Sebahagian Daripada Keimanan”