oleh: Dr. Norsidah Ku Zaifah (Mantan Profesor Madya, Kuliyyah Perubatan, UIAM)
Saya tidak bersetuju dengan kes buli sama ada dalam kalangan kanak kanak atau dewasa, malah dalam kalangan profesional seperti kes berbangkit akhir-akhir ini berkaitan ‘doktor pembuli’.
Namun prinsip ‘one is innocent until proven otherwise’ dan pegawai yang didakwa membuli juga punya hak membela diri seperti OKT lain. Saya dan rakan-rakan lain yang berada dalam profesion ini sudah berada pada dua-dua posisi. As “juniors” dan “seniors”, walaupun yang pasti rakan-rakan di bahagian klinikal lebih terkait dengan isu ini.
Jika benar buli berlaku maka definisi ‘buli’ perlu dibuat secara jelas dalam konteks pekerjaan sebagai doktor yang melibatkan nyawa pesakit. Setiap fasa kerja seorang doktor melibatkan nyawa pesakit, dari mula-mula berkomunikasi dengan pesakit sehingga pesakit di discaj dari rawatan dan pemantauan.
Kesilapan di setiap fasa kerja boleh membawa mudarat kepada pesakit, dan ini sebenarnya yang boleh membezakan ‘kecekapan’ seorang doktor yang merawat pesakit. Kecekapan ini lah yang perlu dipupuk, dibiasakan, dipantau oleh pegawai “senior”.
Adakah ianya semudah mengajar teori di peringkat asas? Atau setaraf peringkat klinikal di universiti? Adakah cabaran dan bebannya setara untuk setiap HO, atau unit, atau hospital dan sebagainya? Hatta pencapaian pelajar di peringkat ijazah mungkin tidak selari dengan ‘performance’ di waktu kerja. Contoh:
1. Kecekapan mengambil “history” pesakit dengan lengkap dan dalam kadar masa sesuai beban kerja.
2. Keupayaan melakukan pemeriksaan fizikal dalam suasana klinikal yang tidak sama dengan teori.
3. Kemahiran merumus “history” dan “findings” dari pemeriksaan fizikal.
4. Ketepatan dan kemahiran mengambil sampel dari pesakit seperti darah, swab dan sebagainya
5. Menyarankan dan melaksanakan investigation bersesuaian selepas perbincangan berkaitan dapatan “history” dan pemeriksaan fizikal.
6. Memantau keputusan ujian seperti ECG pesakit yang datang dengan sakit dada, ujian darah pesakit denggi, keputusan x-ray pesakit yang ada “acute SOB”.
7. Berkomunikasi dengan pegawai “senior” pada kadar segera atau boleh dilewatkan berdasarkan keperluan kes.
8. Mendapatkan kebenaran ujian ujian tertentu dari pakar unit lain.
9. Memahami (bukan menghafal kes pesakit) kes di bawah seliaan HO tersebut, sesuai untuk tahap seorang HO
10. Kesedaran bahawa kerja mereka boleh menjangkau waktu atau keperluan diri sendiri kerana kerjaya doktor bukan 8 pagi hingga 5 petang dengan senggang waktu untuk rehat
Seseorang HO yang gagal melaksanakan perkara di atas, terutamanya disebabkan sikap atau personaliti mungkin mengalami kesukaran di fasa “housemanship”. Mungkin mengalami tekanan dan memerlukan perhatian.
Maka, dalam keghairahan masyarakat, ibu bapa kepada doktor mengalu-alukan ‘pelaporan terhadap pembuli’, sila fikirkan sejenak yang bukan semua kes bersebabkan apa yang digelar doktor pembuli, kerana dalam mana-mana bidang kerja memang ada yang tidak ‘up to the expected standard’ bukan sebab IQ, namun EQ yang tidak selari dengan kerjaya.
Maka perlu lah ahli masyarakat bersikap ‘adil’ dalam membawa ‘doktor pembuli’ ke pengadilan, kerana ada garisan kabur dalam menentukan kebenaran kes-kes yang diwar-warkan.
Semoga doktor “senior” tidak perlu ke tahap “defensive supervision’” seperti mereka sendiri akan merekod berapa kali sesi pengajaran, sesi “heart-to-heart talk”, sesi bebel, sesi amaran, hatta ke tahap sesi bambu ke atas HO yang lewat, yang tak ambil “history” dengan betul, tidak memeriksa pesakit dengan secukupnya, tidak hantar sampel, tidak pantau keputusan ujian segera, tidak berkerja secara berkumpulan, hilang dari “ward round” … atau mereka tidak lagi kisah untuk mendidik doktor junior bagi mengelak kemungkinan didakwa.
Again, TRUE BULLIES MUST BE STOPPED AND DEALT WITH SEVERELY BECAUSE IT HAPPENS, but again let there be a proper guideline, to ensure that we will continue to have competent doctors in future and none become victims.