“Terima kasih Doktor”…itu satu ucapan yang tidak diminta. Namun sering sangat saya terima dalam misi bantuan banjir kali ini kerana mereka menghargai sedikit sumbangan kita. Itu satu bentuk penghargaan ikhlas yang sangat melegakan bagi setiap volunteer yang terlibat.
Mereka Tabah:
“Doktor dari mana?”, “Kuala Lumpur”. Nampak tanda kehairanan serta persoalan dari mereka. Pasti mereka terfikir kenapa doktor-doktor dalam misi I-Medik ini sanggup datang hanya untuk menghulurkan satu atau dua ‘strip paracetamol dan piriton’.
Amanah sebenarnya. ‘Annual Practice Certificate’ (APC) adalah ‘licence to heal’ dengan izin Allah.
Hidup Itu Pilihan:
Bukan tujuan menyusahkan diri. Bukan kerana mencari pujian. Jauh sekali dek kerana ‘glamour’. Bukan kerana upah. Bukan itu alasan yang dicari. Bukan. Niat hanya untuk membantu. Insyaallah, menjadi ‘qudwatul hasanah’ pada anak-anak, keluarga dan para sahabat. Ini masa mereka perlukan bantuan. Saya, isteri (Dr Rafidah juga terlibat dalam misi ini) dan rakan yang lain cuba membantu. Tiada KPI untuk dicapai. Namun doa dan rahmat dari Allah supaya usaha kecil ini dipermudahkan olehNya. Hidup kita pilihan…menyumbang juga satu pilihan…..
Ucapan ‘terima kasih’ dari pesakit juga pilihan. Bukan pilihan saya. Pilihan mereka!!
Catatan 7:
Dr Azizi Ayob
Kg Sokor, Kg Kerilla Tanah Merah,
3 Jan 2015