#KitaJagaKita

Gelombang Ketiga COVID-19: Memahami Perubahan Corak Pertarungan dan Menguruskan Expectation

omicron
Gelombang ketiga ini berbeza dengan gelombang kedua dan pertama. Pada gelombang ketiga ini, kita tidak lagi duduk rumah seperti PKP-PKP sebelumnya melawan varian asal dan Delta (dengan menyembunyikan diri) daripada COVID-19 tetapi kita kini bebas meronda rancak sana sini.
Maka corak pertarungan kita dengan COVID-19 (varian Omicron) ini lebih berhadapan muka ke muka (analogi seperti dalam gambar) bukan menyembunyikan diri. Adakalanya kita mengelak dari berhadapan melalui pemakaian pelitup muka tetapi kebanyakannya kita terpaksa berhadapan secara terus.
Berbanding dahulu, kini kita sudah ada ‘senjata’ dan ‘body armour’ (baju perisai) tersendiri, hasil pengambilan vaksinasi secara besar-besaran. Dan untuk berhadapan varian Omicron ini, kita digalakkan untuk kemas kini ‘body armour’ dan senjata kita yang terkini agar lebih ampuh dan lut melawan musuh (virus).
Pihak autoriti (kerajaan) benar-benar meletakkan daya tahan kita terhadap pertahanan senjata vaksin yang ada, PKP mungkin sama sekali tidak akan dibuat seperti dahulu kala. Andai kata yang terkena ‘tembakan/serangan’ sekalipun, kecederaan yang dihadapi tidaklah seteruk dulu kerana ada perlindungan ‘body-armour’ (sistem imuniti), bahkan kita lebih mudah membunuh jangkitan kerana ada senjata yang ampuh (memory B cell dan T-cell immunity). Maka, dengan harapannya, hospital-hospital juga tidak dipenuhi dengan kes-kes jangkitan yang teruk, memadai setakat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 serta home quarantine yang mengambil alih.
Apa yang perlu kita faham ialah, memandangkan corak pertarungan kita kini berubah, maka dijangkakan ramai yang akan terkena ‘hentaman’ atau ‘serangan’ besar-besaran ini namun sedikit yang akan mengalami kecederaan serius. Walaupun sedikit, kita juga akan melihat jumlah mungin akan semakin ramai kerana tahap ketersampaian yang tinggi. Golongan yang tidak bersedia dan terdedah (vulnerable) masih lagi berisiko tinggi.
Memahami semua ini- maka, expectation kita perlu berubah. Lambat laun, kita sendiri mahupun mana-mana ahli keluarga terdekat juga akan terkena serangan sama ada secara kita sedar atau tanpa kita sedar. Kita tidak boleh merasai dengan selesa bahawa kita akan sentiasa bebas daripada ‘serangan’ ini. Bila-bila masa sahaja boleh berlaku.
Apa persediaan kita?
-Booster dose
-kekalkan SOP yang ketat
-bersedia secara mental
Selalu orang tanya, kenapa tak letak gambar? – senang sikit faham. Nah, analogi ni gambar saya ambil daripada game apa entah. Gambar sekadar analogi supaya ramai lebih memahami situasi yang sedang dan akan berlaku.
Artikel daripada Dr Amin Rukaini Mustafa
Aktivis I-Medik