Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang program ini seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran kesihatan, derma darah, kuiz Islam kanak-kanak dan pameran kesalahan syariah. Penglibatan I-Medik Melaka dalam program kemasyarakatan ini telah berjaya memperkenalkan I-Medik sebagai NGO alternatif untuk penganjuran program berkisar kesihatan kepada para penduduk setempat khususnya.