Baru-baru ini kita mendengar berita menyayat hati seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang jatuh bangunan sewaktu bercuti bersama ibu bapa.
Peristiwa menyayat hati ini berlaku begitu pantas apabila ibu bapa kanak-kanak ini mulai sedar anak mereka terlepas dari pandangan sewaktu memasuki lift di hotel percutian mereka.
Dr Anayasmin Azmi, merupakan Pakar Pediatrik Hospital Selayang berkongsi cerita di laman Facebook beliau beberapa hari yang lepas apabila beliau mencuba membantu untuk menyedarkan semula seorang kanak-kanak yang cedera parah akibat terjatuh dari bangunan tinggi.
“Koyak hati saya tengok anak kecil darah mengalir di telinga, tengkorak pecah sebelah kepala, dia tarik tangan saya kesakitan sebelum dia ditidurkan”
Beliau memohon agar ibu bapa jangan sekali-kali meninggalkan anak kecil keseorangan, apatah lagi yang baru berusia 1-2 tahun.
“Sebenarnya saya rasa tak sanggup nak hadapi situasi terpaksa beritahu mak ayah anak-anak mereka dah tiada atau anak mereka sangat kritikal”
Kanak-kanak mungkin akan berasa panik apabila berseorangan dan mungkin membolehkan mereka merasa ingin panjat untuk keluar dari rumah.
Jangan kerana kecuaian daripada kita sebagai ibu bapa, membawa kepada penyesalan kerana kehilangan anak yang tersayang atau anak-anak kita menanggung kecacatan kekal.
Seharusnya Ibu bapa perlulah mengambil pencegahan awal, sekiranya tinggal di kawasan rumah yang tinggi dengan memasang grill di tingkap atau di pintu balkoni dan memasang kunci yang anak kecil tidak mudah untuk membukanya dan bukan dengan meletakkan pasu atau sesuatu yang membolehkan anak-anak untuk cuba memanjatnya.
Sama-sama kita mengambil iktibar dari perkongsian dari Dr Anayasmin, semoga Allah melindungi anak-anak kita daripada kejadian seperti ini dan semoga kes daripada kecuaian ibu bapa tidak lagi terjadi di kalangan masyarakat kita .