Dokumen pdf laporan pemantauan AIDS bagi Malaysia tahun 2021 boleh didapati dengan pencarian Google (Rajah 1).
Dalam laporan tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan angka sebenar mengikut tahun. Dalam laporan terkini, laporan bersifat ramalan sehingga tahun 2030 dibentangkan (Rajah 2).
Men-sex-with-men (MSM) / homoseksualiti diramalkan sebagai terus meningkat sebagai kumpulan utama dalam kes positif HIV (Rajah 2).
70% pengidap HIV berumur 20-39 tahun.
Saya tertarik melihat perbandingan dengan USA untuk data tahun 2019 mereka. Di US 69% kes baru HIV disumbangkan oleh gay dan biseksual (Lihat Rajah 3 dan 4). Data tahun 2014 bagi US ialah 70% (Lihat Rajah 5).
Ambil perhatian, bahawa mereka tidak segan silu menggunakan terma gay/biseksual, kerana itu terma yang lebih dekat kepada masyarakat. Masyarakat biasa dengan Kelab Malam Gay (Gay Club), bukan Kelab MSM. Dalam prinsip kesihatan awam, maklumat yang jelas harus sampai kepada awam mengikut laras bahasa yang mereka fahami.
Begitu juga, penelitian kedua adalah negara kaya seperti USA mempunyai peruntukan untuk ubat retroviral anti-HIV yang tinggi. Bahkan mereka mempunyai program PEPFAR (The United States President’s Emergency Plan for AIDS Relief) yang membantu program pencegahan HIV/AIDS di 15 negara Afrika antaranya Botswana, Cote d’Ivoire, Eswatini, Haiti, Kenya, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Rwanda, South Africa, Tanzania, Uganda, Zambia, dan Zimbabwe (Rujuk Rajah 6) .
Jadi kenapa sebuah negara kaya seperti USA dari 2014-2019, penurunan kes HIV/AIDS di kalangan gay/biseksual (kita guna terma US) hanya 1%? Kadar sokongan US kepada homoseksualiti dan gender ketiga jauh lebih tinggi dari kita.
Ini kerana faktor biologi seks anal (liwat) sebagai punca penularan virus HIV jauh lebih penting dari faktor sosial seperti diskriminasi. Lapisan tisu di rektum/dubur hanya selapis, maka ia tidak sesuai untuk penetrasi zakar kerana ia boleh mencederakan lapisan tersebut dan membenarkan virus masuk, tidak seperti hubungan heteroseksual iaitu zakar memasuki vagina dimana vagina mempunyai lapisan epithelium yang berlapis yang tidak mudah cedera (kecuali kes paksaan seperti rogol).
Lapisan sel di dubur juga kaya dengan sel lymphocyte T CD4, sel yang menjadi target virus HIV.
Kerana inilah juga, Islam melarang seks anal (liwat), walaupun di antara suami isteri yang sah.
Kondom dapat mengurangkan jangkitan, namun kajian bio-sikap (biobehavioural) menunjukkan perbuatan homoseksualiti lazimnya disertai dengan arak dan alkohol, juga dadah, apa yang dipanggil ChemSex, mengakibatkan pasangan lelaki ramai yang tidak mengamalkan pemakaian kondom. Di Eropah, peningkatan HIV di kalangan homoseksual amat ketara sehingga mereka mula mengadakan Persidangan ChemSex Tahunan bagi memastikan pengamal homoseksual boleh mengambil ChemSex dengan selamat dan tidak dijangkiti HIV
Berdasarkan data ini, seruan untuk menjauhi homoseksualiti yang diperkuatkan dengan peringatan agama BUKAN BERSIFAT HOMOFOBIK. Ia adalah pesanan yang berteraskan fakta.
?????????? ?? ?????? ?????? ???? ????. Ini mengikut teras agama. Ia lebih berkesan dari ????????? ?? ??????????; yang memerlukan negara menyediakan kos ubat antiviral HIV yang tinggi. Sebab itu kita harus hentikan jangkitan baru.
Ambil lah jalan syariat. Bulan Ramadhan ini kesempatan terbaik untuk Muslim yang terlibat dalam pengamalan homoseksualiti, berhenti – dengan memohon kekuatan daripada Allah SWT.
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖفَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)
Artikel daripada Prof. Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Naib Presiden I-Medik