Tanpa bekalan air, elektrik dan sistem komunikasi selama 48 jam, kami selamat sampai ke ‘Ground Zero’ di Manek Urai. Saya terharu dan tertanya-tanya, adakah ini ‘typical flood scenery’ di Kelantan? Adakah saya yang ‘over-excited’ menyatakan ini ‘mini tsunami’. Saya tiada jawapan melainkan seorang pesakit yang mengunjungi Mobile & Open I-Medik Clinic di Station Kereta Api Manek Urai yang 100% lumpuh…”Doktor, ini bukan banjir, ini saudara kepada Tsunami”…beliau sambil meyakinkan saya bahawa tidak pernah berlaku paras air naik sehingga tenggelam pondok polis dan masjid di belakang station keretapi itu….malah lebih 5 hari tiada pengangkutan keretapi dan jalan keretapi ditutup dengan lambakan balak dan barang kerosakan lain. Dan sehingga kini juga masih tiada bekalan air, elektrik dan komunikasi….
Kenapa para Doktor perlu terlibat dalam misi perubatan I-Medik?
“Doktor, ada panadol?”….ini bukan soalan sebenarnya, ianya lebih kepada ‘rayuan’ pesakit yang saya jawab “ada” tanpa sedikit pun saya bertanya untuk apa. Walaupun mengikut ‘Guide to Good Prescribing’, saya menyalahi prinsip rawatan yang saya pelajari. Mereka sangat memerlukan bekalan ubat-ubatan asas terutamanya sebahagian besar datang tanpa alas kaki, sekiranya berselipar pasti mengalami ‘kulat air’ akibat terendam lama dalam air banjir. Ya, bila saya gabungkan bencana hujan lebat, banjir besar dan saya sebagai seorang doktor….tiada nilai sebenarnya, melainkan hanya satu jawapan yang saya boleh ungkapkan…iaitu kita ini hamba Allah walaupun dengan jawatan, harta dan kedudukan yang ada. Mangsa banjir diuji, sebenarnya ujian itu juga kepada mereka yang menyaksikan kesan ujian ‘fizikal’ didunia ini.
….Apa yang saya pelajari dari misi ini, tiada ungkapan yang sesuai…Kita hanyalah hamba Allah yang lemah.
Ya Allah berilah kesabaran, dan rahmat kepada mereka mangsa banjir ini Ya Allah.
Prof Dr Azizi Ayob
‘Ground Zero’ Manek Urai