#KitaJagaKita

Hari Pertama : Misi Bantuan I-MedikCare di Bumi Syria (Perjalanan yang panjang)

340477530_130823349854643_3328209399291546536_n

9 April 2023 – (Azaz, Syria)On the road selama lebih kurang 24 jam. Berlepas dari KLIA 11 mlm waktu Malaysia sampai di Istanbul jam 5 pagi (10 pagi Malaysia), transit 3 jam setengah dan bertolak ke Gaziantep pada 8.30 pagi. Sampai di Gaziantep 10.10 pagi. Selepas menguruskan beg kami bertolak ke Jandayris, Syria pada jam 11 pagi. Sampai di sempadan Turkiye-Syria jam 1.30 petang.

Di sana, kami dikehendaki melalui check point dan bertukar kenderaan lain. Kenderaan Turkiye tidak boleh masuk ke kawasan Syria melainkan dengan kebenaran khas. Kami mengangkut segala beg2 serta kotak2 yang dibawa melalui check point tersebut dan berjalan lebih kurang hampir 1km. Selepas itu kami menaiki van lain untuk ke Jandayris. Kami melalui bekas2 runtuhan akibat gempa bumi yang telah dua bulan berlalu. Habuk tebal melitupi keseluruhan kawasan Jandayris. Nampak kehidupan penduduk Syria cuba untuk kembali ke rutin asal walaupun banyak kekangan. Terdapat banyak khemah yang didirikan oleh NGO-NGO yang digunakan oleh penduduk Syria.

Dari Jandayris kami terus bergerak ke Afrin dan Azaz. Kami sampai di Azaz jam 4 petang (9 mlm Malaysia) kami dihantar ke bilik yang telah disediakan. Setelah 22 jam berada di atas jalan dan di udara, akhirnya kami sampai ke tempat rehat. Ambil masa sedikit bersolat dan berehat kemudian kami terus ke Pejabat Ataa Humanitarian Relief Association (ATAA).

Abou Houda, wakil ATAA menerangkan tentang perjalanan kami pada hari2 yang mendatang, sambil menunjukkan peta perjalanan. ATAA yang sudah beroperasi sejak 10 tahun yang lalu bertujuan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian dalaman dan luar negara Syria. Mereka berpusat di Istanbul. Antara projek yang mereka jalankan adalah projek “Health” yang mana mereka telahpun membuka 2 pusat perubatan, 2 klinik bergerak untuk pelarian, dan 1 pusat pembuatan kaki palsu dan fisioterapi. Kami menyuarakan tujuan utama kedatangan kami untuk melihat fasiliti kesihatan yang disediakan dan mencari di mana ruang untuk kami bantu sebagai NGO dari Malaysia. Mereka sangat-sangat memerlukan kepada dana perubatan yang kukuh bagi memastikan kelancaran perkhidmatan.

InsyaAllah esok kami akan mulakan misi di Jandayris. Pembahagian pek Ramadhan, dan perawatan di klinik bergerak. Moga pergerakan kami dipermudahkan Allah..

Coretan sukarelawan I-Medikcare

– Dr Fatimah Z Rosli