#KitaJagaKita

Hari ke-3 : Misi Bantuan I-MedikCare di Bumi Syria

11 April 2023 (Kem Tahtal-Tal) – Hari ini kami bergerak ke Kem Tahtal-Tal. Rupa Kem ini berbeza dengan kem semalam. Kurang teratur, nampak seolah-olah agak terabai. Apabila klinik berlabuh, ramai penduduk yang datang mengerumuni klinik tersebut, kebanyakan pelanggan kami hari ini merupakan makcik2 dan pakcik yang agak berumur. Dari sudut pemakaian dan lenggok percakapan kemungkinan mereka merupakan golongan badawi Syria. Alhamdulillah tiada masalah serius di kalangan mereka. Kebanyakannya inginkan ubat untuk masalah sendi dan tekanan darah. Kelibat kanak-kanak ceria sekitar kem tersebut.

Setelah selesai klinik, kami melawat sekitar kem untuk mendapatkan gambaran. Banyak khemah-khemah yang terpacak merupakan khemah “random”. Ramai rupanya yang berpindah ke khemah kerana “phobia” dan anxiety apabila berada dalam bangunan seperti rumah. Mereka terus membayangkan situasi gempa bumi yang dahsyat sehingga tidak dapat melelapkan mata terutama kanak-kanak.

Selesai klinik kami melawat sekitar kem dan mendapati ada keluarga yang baru sahaja mula mendirikan khemah mereka di sana. kem Tahtal-Tal mempunyai ramai pelarian dalaman akibat banjir dan gempa. Lebih kurang 1000 mangsa, ada yang berdaftar dan ramai juga yang tidak berdaftar.

Tiba-tina seorang nak kecil memanggil saya untuk pergi ke khemahnya. Rupa2nya neneknya ridak berkesempatan untuk datang ke klinik bergerak kami tadi sebelum ianya tutup. Neneknya menghadapi masalah liver cirrhosis iaitu masalah organ hati yang tidak berfungsi secara normal akibat parut. Kini perutnya membusung dan beliau memerlukan rawatan untuk mengurangkan air di dalam perutnya. Keadaannya agak stabil, cuma kelihatan kurang selesa kerana perut yang membesar.

Hakikatnya beliau memerlukan prosedur ringkas untuk mengeluarkan air dari perutnya, namun ianya tidak dapat kami berikan kerana klinik tersebut hanya mempunyai ruang untuk ubat2an. Tiada ruang untuk pesakit menjalani prosedur di samping tiada alatan yang sesuai.

Saya meluahkan rasa hampa kerana tidak dapat memberikan rawatan yang sepatutnya kepadanya. Saya memonta beliau ke pusat kesihatan yang tidak begitu jauh dari kem dan memberikan preskripsi ubat yang boleh mengurangkan air dalam perut.

Beliau menerima dengan hati yang terbuka dan pasrah. Hakikatnya semenjak ketidakstabilan yang berlaku di bumi Syria, beliau tidak dapat menjalani rawatan yang sepatutnya untuk hati beliau. Sambil mengukir senyuman, beliau mendoakan kami, dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..

Klinik bergerak di sini sangat membantu pesakit-pesakit luar dari sudut lojistik. Namun masih banyak limitasi yang dihadapi oleh kedua-dua pesakit dan provider. Pergolakan yang belum menampakkan bibit2 penyelesaian membuatkan kita tertanya2 nasib rakyat Syria..

Coretan daripada sukarelawan I-MedikCare, Dr Fatimah Zaharah Rosli