#KitaJagaKita

ReproAlert! di Karnival Wanita dan Kesihatan 2023 Kuala Lumpu

381669335_298805326120139_8595785123202751570_n (1)

KUALA LUMPUR, 24 September 2023 – Karnival Wanita dan Kesihatan 2023 anjuran Wanita ISMA Kuala Lumpur dan Muslimat JBAQ Lembah Pantai telah melabuhkan tirainya pada 24 September 2023 bertempat di Masjid Jamek Abdullah Hukum, KL Eco City.

Karnival ini yang julung-julung kali diadakan khusus untuk para wanita di komuniti ini dengan temanya Wanita Sihat,Keluarga Bahagia telah membawakan pelbagai acara dan aktiviti menarik. Antara aktiviti yang diadakan adalah senamrobik, sukaneka untuk wanita, forum kesihatan, aktiviti untuk kanak-kanak, booth pameran oleh agensi-agensi kerajaan, booth pameran oleh agensi ISMA, Zuriat Care, Bangun Bersama Kuala Lumpur, I- Peguam, I-Medik, dan gerai-gerai jualan.

Pihak I-Medik Kuala Lumpur yang turut bekerjasama dalam penganjuran karnival ini diwakili oleh Dr Siti Umi Fairuz Azmi, Pakar Perubatan Keluarga,telah dijemput menjadi salah seorang panel forum AKTIF : Aku Kuat, Teguh dan Istiqamah untuk Aktif. Dr Siti Umi Fairuz berkongsi berkenaan hubungkait gaya hidup sihat dengan kesihatan mental seseorang terutamanya golongan wanita yang menjadi tunjang dalam keluarga, tips mengurus stress dan kesihatan diri, dan perkongsian ini mendapat maklum balas yang sangat baik daripada para penonton yang khusyuk mendengar dan mencatat.

Pihak I-Medik Kuala Lumpur juga berpeluang membuka booth ReproAlert! Dr Faizul bin Amer, Dr Mohammad Faezuddin bin Shamsualharis dan Puan Nurul Nabihah Hilmiyah bt Matsor yang bertugas di booth ini telah berjaya mempromosikan Modul ReproAlert! kepada para pengunjung yang hadir dan juga kepada wakil-wakil di booth pameran agensi kerajaan. Booth ReproAlert! juga dimeriahkan dengan aktiviti berkaitan Sentuhan Selamat untuk pengunjung kanak-kanak yang hadir.

I-Medik Kuala Lumpur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program Karnival Wanita dan Kesihatan 2023 ini.

Disediakan oleh,

AJK Media I-Medik Kuala Lumpur

#Berminat untuk sertai kami di I-Medik Kuala Lumpur?

Jom daftar sebagai sukarelawan I-Medik di https://tinyurl.com/Sukarelawan-I-Medik