#KitaJagaKita

𝐈-𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤 𝐂𝐚𝐫𝐞 : 𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐁𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐆𝐞𝐦𝐩𝐚 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐲𝐫𝐢𝐚

349866336_649579859833791_7143781018179230441_n (1)

Pada tanggal 28 Mei 2023 telah berlangsung dengan jayanya Program Berkhatan I-Medik Pahang anjuran bersama Klinik IvoryMedic Kuantan dan Maahad Tahfiz Integrasi Al-Makmur (MAATIM).

Program bermula seawal jam 8 pagi itu disertai seramai 6 kanak-kanak yang tinggal di kawasan berhampiran.

Proram yang diketua oleh Prof Mat Salleh dan Dr Hanis mewakili I-Medik Pahang, Dr Raof mewakili Klinik IvoryMedic dan Ustaz Azizi dari MAATIM. Turut hadir adalah pelajar perubatan dari IIUM, saudara Ikhmal dan saudara Zhareff.

Antara objektif program ini adalah memberi sumbangan dari aspek kesihatan kepada masyarakat setempat dengan memberi perkhidmatan berkhatan disamping mengeratkan hubungan antara I-Medik Pahang, MAATIM dengan masyarakat.

Program telah berlangsung selama 3 jam dan berakhir pada jam 11 pagi. Rata-rata para peserta yang hadir memberikan kerjasama dan memudahkan urusan sepanjang program berlangsung. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan.