#KitaJagaKita

PrEP & Homoseksual: Kisah Kelamin Kini Jadi ‘Tanggungjawab’ Doktor

Neutral & Elegant Product Beauty Fashion Portfolio Presentation (1)

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2023 – “The irony – homosexuals/bisexuals tell society, law enforcement & religious authorities that what they do in their bedroom is none of anyone’s business. But with PrEP, what they do in their bedroom becomes poor doctors’ businesses, taking precious time for real health services,” kata Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Profesor Perubatan di USIM.

Kenyataan ini dikeluarkan berikutan rancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperluaskan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) bagi mencegah penyebaran wabak HIV.

Mengulas lanjut mengenai rajah yang dilampirkan dalam Facebooknya, Profesor Dr Rafidah menjelaskan, rajah menunjukkan nasihat-nasihat doktor untuk penggunaan PrEP berdasarkan kekerapan melakukan hubungan liwat/anal seks.

“Begitulah homoseksualiti di “uruskan” oleh perubatan walaupun kita ada posisi berlawanan dalam agama dan undang-undang. Kerana perubatan “terbaru” mengabaikan abstinen,” ujar beliau.

“P/S anda akan dapati lebih banyak rajah, kempen, poster, diagram menguruskan seks anal daripada rajah, kempen, poster, diagram mengatakan TIDAK kepada homoseksualiti atau ABSTINEN atau وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ,” kata Profesor Dr Rafidah lagi.

Samudera.my sebelum ini melaporkan kenyataan dari Profesor Dr Rafidah sendiri bahawa abstinen merupakan langkah pencegahan terbaik dalam menangani jangkitan HIV yang tersebar melalui hubungan kelamin.

Menurut Jabatan Mufti Selangor pula, ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) dilarang diberi kepada golongan homoseksual kerana ia dianggap sebagai bersubahat di dalam perkara dosa dan kemaksiatan.

Sumber daripada Samudera.my