#KitaJagaKita

Pengguna Vape boleh Patah Balik Jadi Perokok

WhatsApp-Image-2021-11-07-at-10.35.20-PM-780x470

 

Ada yang beranggapan dengan vape seseorang boleh berhenti merokok

Tetapi ia masih tidak mengekang faktor utama seseorang merokok, iaitu ketagihan kepada nikotin.

Pengalaman sebagai Smoking Cessation Service Provider, apabila seseorang itu beralih kepada vape untuk berhenti merokok, bila mana dia menghadapi kekangan dari segi kewangan untuk membeli cecair vape yang lebih mahal, individu tersebut akan berpatah balik kepada rokok.

Malah, vape yang kelihatan lebih trendy dengan bentuk yang lebih berteknologi tinggi, boleh meningkatkan minat golongan muda terutamanya remaja serta kanak-kanak untuk mencuba vape dan seterusnya menyumbang kepada wujudnya ketagihan kepada nikotin.

Ada juga yang tanpa segan silu menghembus vape di depan kanak-kanak dengan anggapan asap vape adalah tidak berbahaya sedangkan kesan second hand smoke dari vape tersebut boleh dihidu oleh orang di sekitarnya.

Marilah kita jalankan tanggungjawab kita untuk mengekang pengenalan cukai duti eksais terhadap vape dan rokok elektronik. Sebelum cukai dikenakan, kerajaan digesa untuk mengetatkan undang-undang dahulu berkenaan pembuatan dan pemasaran vape serta kandungan cecairnya.

Aisya Nabilah binti Abd Rahman

Pegawai Farmasi
HCTM

I-Medik