#KitaJagaKita

Pelajar perubatan AUCMS sertai I-Medik anjur karnival kemasyarakatan

hosba

HOSBA (KUBANG PASU), 29 Dis – Seramai 15 pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari Allanze University College of Medical Science (AUCMS) Pulau Pinang turut serta dalam Karnival Kesihatan Masyarakat yang berlangsung di perkarangan Masjid Hosba, Napoh, baru-baru ini.

hosba
Program kemasyarakatan anjuran I-Medik Kedah ini bertujuan memberi peluang masyarakat desa di sini membuat pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma. Selain itu, masyarakat di sini juga berpeluang mendapatkan kaunseling kesihatan dan bertemu dengan doktor-doktor pakar.

Antara yang hadir bersama masyarakat ialah Pengerusi I-Medik Kedah, Dr. Murizah Mohd Zain dari Hospital Sultanah Bahiyah dan Pengerusi I-Medik Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Madya Dr. Mohamad Zaki Ibrahim, pensyarah dari AUCMS.

Turut serta ialah Dr. Zulkifli Yusof dari Hospital Sultanah Bahiyah yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Alor Setar.

Program bermula seawal 8.00 pagi dengan dihadiri masyarakat desa yang rata-rata baru pulang dari sawah dan ladang.

Selain saringan kesihatan, ceramah kesedaran kesihatan berkaitan kencing manis dan panduan pemakanan seimbang juga diadakan. Untuk kanak-kanak pula, aktiviti mewarna, hafalan surah lazim dan pendidikan memberus gigi turut dijalankan.