#KitaJagaKita

PEDOFILIA: TIPS ‘EMPOWERING’ ANAK-ANAK

STOP FEDOFILIA

Isu pedofilia ni berterusan untuk satu jangka masa yang lama. Satu yang menakutkan. Apalagi kita yang mempunyai anak-anak kecil.

Saya lebih senang untuk berkongsi bagaimana kita dapat sama membantu anti-pedofilia. Sebelum ini banyak perkongsian ditujukan kepada ibu bapa tetapi hakikatnya tidak setiap saat kita bersama dengan anak-anak.

Saya kira tiba masanya kita ’empower’ atau memberi kuasa kepada anak untuk turut sama mainkan peranan supaya menjadi berani dan tahu TUBUH MEREKA adalah HAK MEREKA untuk melindunginya.

pedofilia 1

Ibu bapa boleh membantu dari pelbagai cara, salah satunya adalah dengan bercerita. Apabila bercerita beberapa perkara perlu dilakukan:

1) Ibu bapa perlu dapatkan maklumat yang tepat. Agar nanti tidak tersalah penerangan.

2) Cerita dengan santai seperti mana kita cerita tentang isu lain. Bagaimana santainya kita explain apa itu ‘tangan’ pada anak, kita perlu santai sampaikan info tentang kemaluan dan sentuhan yang salah.

3) Memberi tahu anak nama sebenar bahagian anggota privasi mereka seperti vagina, scrotum, penis, testis adalah memberi anak hak untuk mereka kenal diri mereka. Jika anak tiba-tiba menggunakan term yang pelik seperti ‘biskut’ untuk menamakan alat sulit mereka, perlu selidik lanjut.

4) Istilah sebenar alat sulit boleh dijelaskan seawal 3 tahun kerana waktu itu anak-anak banyak bertanya dan eksplorasi anggota badan mereka.

5) Jangan marah-marah anak kerana nanti jika sesuatu berlaku mereka takut nak beri tahu sebab takut kena marah.

6) Jelaskan batas aurat, boleh kaitkan dengan Surah At-Taariq ayat 6-7.

7) Jelaskan pada anak, ibu dan ayah sentiasa ada untuk mendengar ketakutan dan kesedihan mereka. Tiada istilah ‘rahsia’ antara anak dan orang dewasa lain.

8) It is OK untuk cerita pada ayah ibu.pedofilia 2

9) Pengulangan didikan isu ini adalah perlu.

10) Minta izin ibu bapa sebelum menerima hadiah atau pemberian orang lain.

11) Yakinkan anak, IT IS OK TO SAY “NO”.

12) Jika berlaku sesuatu, larikan diri, jerit minta tolong selamatkan diri walaupun individu itu dikenali.

Boleh juga menggunakan bantuan visual seperti video di youtube ini untuk membantu menjelaskan lagi apa yang disampaikan: https://youtu.be/a-5mdt9YN6I

Kita berusaha, Allah yang menjaga setiap anak-anak kita. Doakan anak-anak selalu. Mohon dijauhkan dari perkara sebegini. Bersama mainkan peranan. Jangan hanya lepas tangan kepada pihak sekolah.

 

Dr Anayasmin 3Dr Anayasmin Azmi
Pegawai Perubatan