#KitaJagaKita

Pasangan doktor mithali

Alhamdulillah ketika berkembara ke utara semenanjung di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang baru-baru ini, saya berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat lama saya, Dr Zulkifli Yusof (ZY) dan Dr Murizah Mohd Zain (MMZ).

Bagi saya, mereka berdua adalah pasangan doktor yang boleh dicontohi oleh anak-anak generasi muda di dalam banyak perkara.

1-Akademik :

Dr ZY dan Dr MMZ adalah merupakan mantan pelajar dan mahasiswa yang konsisten dan cemerlang di dalam sejarah pengajian mereka. Dr DY adalah merupakan pemenang pingat emas sarjana dalam bidang ENT dan Dr MMZ pula adalah merupakan pemenang pingat emas di bidang sarjana Obstetrik & Ginekologi.

2-Kerjaya :

Dr ZY kini adalah merupakan seorang Pakar Perunding ENT (ear, nose & throat) dan isterinya pula, Dr MMZ pula adalah merupakan Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan. Mereka berdua kini bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Mereka berjaya menjawat jawatan pakar perunding ketika usia yang masih muda berdasarkan prestasi akademik, kerjaya dan professionalisma yang dimiliki mereka berdua.

3-Aktivis dakwah

Pasangan bahagia ini adalah merupakan aktivis dakwah dan aktivis kemasyarakatan yang sentiasa bekerja gigih untuk membina masa depan Islam sejak daripada zaman persekolahan mereka sehingga ke hari ini. Mereka berdua memegang pelbagai posisi penting di dalam NGO dan tugasan kebajikan yang lain.

4-Kekeluargaan

Keluarga bahagia Pasangan doktor mithali....

Keluarga bahagia pasangan mithali

Saya berkesempatan menziarahi mereka beberapa kali dan bersekempatan untuk melihat dan menyaksikan ‘kemenjadian’ 6 orang anak-anak mereka yang membesar dengan penuh kemesraan, suasana yang soleh, berbakat kepimpinan serta cemerlang di dalam bidang akademik sebagaimana ayah dan ibu mereka.

5-Pautan agama

Saya melihat betapa mereka adalah pasangan suami-isteri dan pemimpin keluarga yang sentiasa berpaut kukuh kepada Islam di dalam kehidupan seharian mereka di dakam setiap aspek kehidupan.

Saya amat berkeyakinan bahawa anak-anak muda generasi digital kini boleh menjadikan mereka berdua sebagai pasangan pendakwah professional yang mithali…

Saya doakan agar mereka terus istiqamah dalam menyumbang kepada Islam dan umatnya.

 

Oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin