#KitaJagaKita

Misi Bantuan Mangsa Banjir di Yan, Kedah (Catatan 3)

22 Ogos 2021, Ahad
Bantuan Masih Diperlukan ‼️
Misi hari ini, para sukarelawan I-Medik yang diketuai Prof.Dr Azizi Ayob dan Encik Mohd Hazwan bin Ab. Halim menjalankan misi bantuan rumah ke rumah dengan menyantuni mangsa banjir kilat du sekitar Yan Kechil dengan memberikan barangan perubatan asas seperti paracetamol, krim analgesik, pencuci luka Povidone dan krim anti-fungal.
Sebanyak 24 Kampung di kawasan Yan terjejas akibat banjir besar ni dan sebanyak 1154 keluarga
keluarga yang terkesan.
Dalam keadaan negara sedang dilanda wabak ini, barangan seperti hand sanitizer, face shield dan test kit Covid-19 turut diberikan.
Hampir 30 rumah yg dikunjungi setakat jam 12pm dalam misi yang dijalankan bersama-sama dengan Yayasan Ikhlas (yang diketuai Prof. Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin) dan Relawan Muda ISMA.