#KitaJagaKita

Misi Bantuan Mangsa Banjir di Yan, Kedah (Catatan 2)

azizi 1
21 Ogos 2021, Sabtu
Menelusuri jalan berselut menghulur bantuan buat penduduk di Mukim Yan yang terjejas akibat banjir yang berlaku Rabu lepas disebabkan oleh fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai.
Walaupun mereka sudah biasa dengan banjir, tapi kali ini luar biasa.
Yang menjadikannya lebih luar biasa adalah reaksi rata-rata penduduk di sini yang yakin bahawa Allah SWT hanya menguji hamba-Nya yang kuat dan ujian itu setimpal dengan apa yang mampu mereka tanggung.
Satu ibrah yang begitu menusuk jiwa kita, satu pengajaran tarbiyah yang begitu membekas. Berat mata memandang, berat lagi buat mereka yang merasainya.
Semoga Allah SWT terus cekal dengan ujian, dan menjadi pemacu untuk terus menjadi hamba yang bertakwa.
Kita semua adalah adiwira!
22 Ogos 2021, Ahad
Keadaan rumah En Shahidan masih perlu bantuan untuk di cuci. Rumah beliau antara yg awal terkena kepala air yang turut menghanyutkan kandang kambing (30 ekor). Dengan hanya bekerja kampung, banyak keperluan yang terpaksa di beli baru.
Yayasan Ikhlas turut menyumbang RM500 wang tunai selain pek barangan asas makanan termasuk keperluan perubatan asas seperti panadol, hand sanitizer dan ubat untuk kegatalan oleh I-Medik.
(Untuk bantuan susulan membeli peralatan asasi dan membaiki rumah penduduk yang rosak).