#KitaJagaKita

MENGURUS KESIHATAN MELALUI KETAKWAAN RAMADAN

puasa

Hadis dari Abu Hurairah R.A sesungguh Nabi Muhammad S.A.W bersabda

“ Berpuasalah maka kamu akan sihat,”

Hadis riwayat Imam Ahmad

Di dalam Al-Quran ada dijelaskan intipati yang perlu dicapai bagi golongan yang berpuasa adalah martabat ketakwaan.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

-Sura Al-Baqarah, Ayah 183

Puasa merupakan satu amalan yang telah dipraktikan sejak zaman dahulu lagi dan catatan ada mengatakan seawall zaman firaun lagi. Walaupun bagi seorang muslim yang mukallaf, apabila satu perintah amal telah diwajibkan dan difardhukan, seharusnya kita tunduk dan mengambil amal tersebut sebagai satu bentuk taa’bud (pengabdian diri) kepada Allah. Namun demikian tidak menghalang untuk seorang Muslim melihat kepada faedah dan manfaat yang dapat diperoleh dari amalan ibadah tersebut sebagai pendorong.

Kajian sains telah membuktikan kesahihan hadis nabi betapa dengan amalan berpuasa tubuh badan akan menerima manfaat yang luar biasa.

Dalam satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 (Zanariah, 2015) , peratusan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes adalah sebanyak 20% orang dewasa lebih dari 30 tahun atau seramai 2.8 juta orang. [i]Pengamalan puasa membantu dalam pengurasan berat badan serta pengawalan gula dan mengurangkan “insulin resistance” (rintangan insulin) yang merupakan faktor terjadinya diabetes type 2.[ii]

Selain itu puasa juga membantu mengurangkan tahap inflammation (keradangan) yang merupaka punca penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan penyakit rheumatoid sendi. Kajian terhadap 50 orang pesakit di Saudi Arabia mendapati amalan puasa di bulan Ramadan mampu merendahkan tahap proinflammatory marker( penanda pro keradangan) di dalam badan sekali gus mengurangkan impak keradangan itu sendiri[iii].

Lemak terbahagi kepada lemak baik dan lemak jahat, apa yang mengkagumkan adalah amalan berpuasa ini mampu mengurangkan secara selektif kadar lemak jahat dalam tubuh diri manusia. Dalam satu kajian  yang dijalankan di USA terhadapa satu kelompok pesakit mendapati tahap lemak jahat (LDL) pesakit mereka menurun sebanyk 25% dari tahap sebelum mereka menjalani fasa berpuasa[iv]. Tahap rendah lemak jahat ini juga mengurangkan risiko serangan jantung.

Terlalu banyak faedah jika ingin disenaraikan untuk kelebihan berpuasa ini, namun apa yang lebih penting adalah adakah mereka yang berpuasa ini mencapai tahap ketakwaan. Kerana inilah yang sebenarnya dapat menjaga manusia baik dari segi ruhi mahupun fizikal dan kesihatan. Faktor terbesar menyumbang kepada obesiti di kalangan rakyat Malaysia adalah kerana kemudahan mendapatkan makanan 24 jam sehari. Kedai-kedia mamaka yang sendiri menyediakan juadah untuk disantap oleh mereke yang tidak dapat mengawal nafsu makan mereka.

Kerana itulah madrasah Ramadan seharusnya Berjaya mendidik jiwa muslimin yang tenang dan bersedarhana dalam pengmabil makanan. Kesimpulan yan telah lama Allah gambarkan di dalam Al-Quran

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.

-Sura Al-A’raf, Ayah 31

Ayuh jadikan Ramadan kali ini madrasah yang mampu membina semula ketaqwaan kita dan sekaligus menjadikan kita lebih sehat dan kuat untuk terus bertaabud kepadanya.

Wallahu ‘alam

 

Dr Muhammad Irfan Bin Mohamad Salmi
Internaltional Islamic University Malaysia

[i] Zanariah Hussein, Diabetes Care in Malaysia: Problems, New Models, and Solutions, 2015, Annal of Health

[ii] Terra G Arnason, Effects of intermittent fasting on health markers in those with type 2 diabetes: A pilot study, 2017, World J Diabetes

[iii] Faris MA , Intermittent fasting during Ramadan attenuates proinflammatory cytokines and immune cells in healthy subjects.2012, Nutritional Research

[iv] Surabhi Bhutani , Improvements in Coronary Heart Disease Risk Indicators by Alternate‐Day Fasting Involve Adipose Tissue Modulations