Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia Pulau Pinang (I-Medik Pulau Pinang) membuat laporan polis di IPD Kepala Batas terhadap Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC) yang bertindak seolah-olah memburukkan KKM.
Dr. Muhamad Fatah Md Radzi, Pengerusi I-Medik Pulau Pinang telah membuat laporan polis bagi menangkis tohmahan kepada petugas barisan hadapan terutamnya petugas kesihatan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa dan negara melawan pandemik Covid-19.
Sebelum ini, ‘Admin’ GPMC telah membuat FB Live bersama seorang pesakit Covid-19 di ICU Hospital Pulau Pinang, En. Affendy Mohd Yusof yang mendakwa dirinya dipaksa ditahan di ICU dan menghubungi GPMC untuk meminta bantuan agar dapat keluar daripada hospital berkenaan.
Antara tohmahan tidak benar dan berunsur fitnah yang dibuat adalah pesakit dipaksa masuk ke ICU untuk menerima rawatan walaupun beliau dalam keadaan sihat. Tohmahan lain juga termasuk cubaan membunuh oleh pihak KKM kerana pesakit mendakwa tidak diberikan makanan selama 4 hari.
Rawatan yang dilakukan oleh para petugas adalah berdasarkan keadaan pesakit yang dirasakan perlu untuk menyelamatkan nyawa
Kami melaporkan kerana ini adalah fitnah ke atas para petugas barisan hadapan dan juga kepada KKM dan harap pihak polis ambil tindakan di bawah
1. Akta Hasutan 1948.
2. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang di bawah Ordinan Darurat 2021.
3. Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam dalam menjalankan fungsi jawatannya