Penganjuran Oktoberfest bukanlah budaya masyarakat Malaysia. Itu budaya mereka di Jerman. Tambahan pula sebagai Muslim, kita percaya bahawa arak tiada manfaat, malah lebih banyak mudarat.
Saya ingin berkongsi 10 fakta tentang arak (minuman beralkohol yang memabukkan) kepada semua, dari sudut kesihatan mulut.
1⃣ Kanser mulut adalah antara sepuluh kanser yang sering menyerang manusia. Ini adalah kanser yang selalunya agak lewat dapat dikenalpasti. Tetapi, ia dapat dicegah.
2⃣ Punca utama adalah arak dan rokok.
3⃣ Banyak kajian menyokong bahawa arak boleh menyebabkan kanser mulut dan tekak (oropharyngeal cancer).
4⃣ Jika anda merokok dan meminum arak, risiko untuk mendapat kanser mulut adalah lebih tinggi.
5⃣ Arak boleh mengubah struktur penyerapan pada lapisan dalam mulut, menggangu struktur lapisan normal di dalam mulut lalu menjadikannya tidak sihat iaitu berpotensi untuk menjadi kanser.
6⃣ Arak memang diketahui mempunyai unsur yang boleh menyebabkan kanser. Jika ia diambil selalu, arak menjadikan sistem pertahanan badan celaru dan haru biru. Ketika itulah potensi untuk mendapat kanser mulut adalah tinggi.
7⃣ Biasanya ketika berusia 50 tahun ke atas, barulah ia dapat dikesan.
8⃣ Bibir, lidah dan permukaan lantai mulut adalah antara kawasan di dalam mulut yang sering mendapat kanser.
9⃣ Kanser mulut menyebabkan pesakit sukar untuk makan, menelan dan mengunyah.
? Untuk mencegah kanser, kita disarankan supaya mengubah cara hidup dan berhenti meminum arak.
Disediakan oleh,
Dr. Yuliana Bt Ayob
Aktivis i-Medik
Pelajar Pascasiswazah (Dclindent-Periodontology)
Pegawai Pergigian
Rujukan:
1. Rivera, C. (2015). Essentials of oral cancer. International journal of clinical and experimental pathology, 8(9), 11884.
2. Wickholm, S., Galanti, M. R., Söder, B., & Gilljam, H. (2003). Cigarette smoking, snuff use and alcohol drinking: coexisting risk behaviours for oral health in young males. Community Dentistry and Oral Epidemiology, 31(4), 269-274.