#KitaJagaKita

Kenyataan “Klasifikasi Mati Mengejut”

Neutral & Elegant Product Beauty Fashion Portfolio Presentation (2)

Kematian Mengejut?

Mungkin ada dikalangan pembaca yang merasa pelik, terkejut dan keliru dengan kenyataan ‘klasifikasi sebagai mati mengejut’ untuk kes tembak sebegini.

“Kalau dah kena tembak, macam mana boleh mati mengejut?”

Lalu timbullah pelbagai spekulasi yang membawa kepada segala macam teori wargamaya berkenaan isu ini. Ada yang kata “cover up case”. Ada yang kata “polis tak buat kerja betul-betul”, dan sebagainya.

Barangkali kekeliruan timbul dari istilah ‘mati mengejut’. Konotasi ‘mati mengejut’ biasanya difahami sebagai kematian tabiie (natural death) secara tiba-tiba seperti serangan jantung, stroke berdarah dan seumpamanya.

Namun perlu dilihat kenyataan yang penuh adalah ‘klasifikasi mati mengejut – SDR’. SDR merujuk ‘Sudden Death Report’. SDR hanyalah satu bentuk klasifikasi bentuk atau jenis kematian.

Kebiasaannya kematian dalam siasatan pihak polis akan dibuka mengikut beberapa kategori atau klasifikasi yakni:

1) SDR (mati mengejut)

2) Jenayah

3) Kematian melibatkan Trafik yakni kematian di Jalanraya.

Maka, dipertegaskan bahawa SDR hanyalah satu bentuk klasifikasi. Kes seorang yang menggantungkan diri dikira SDR. Mati lemas dikira SDR. Mati akibat serangan jantung juga dikira SDR. Malah mati akibat renjatan elektrik juga adalah SDR.

Kebanyakan kes sebegini, melalui siasatan awal akan dibuka dibawah klasifikasi SDR. Jika terdapat maklumat lanjut melalui siasatan polis dan pemeriksaan post mortem bahawa terdapat unsur jenayah, maka kes akan diangkat menjadi kes Jenayah.

Ada juga kes yang pada mulanya dilihat sebagai Jenayah dan dibuka siasatan bawah klasifikasi Jenayah. Namun setelah selesainya post mortem dan siasatan lanjut, akan diturunkan menjadi kes SDR.

Maka disinilah keperluan post mortem. Bukan sekadar untuk tahu sebab kematian secara biologi (biological cause of death), tetapi untuk membantu melengkapkan siasatan polis bagi menyimpulkan siasatan sebab kematian secara legal (legal cause death). Takrifan ‘Cause of Death’ ada definisi tersendiri mengikut perundangan negara.

Kesimpulannya, ini semua hanyalah aspek teknikal (technicalities) dalam pengurusan kematian di negara ini. Tak semua benda kita perlu komen dan tunjuk pandai, sungguhpun kita telah berjaya selesai melalui kursus CSI Miami, CSI New York dan CSI Vegas