Pada 21 Januari 2023, Aktivis I-Medik bersama sukarelawan I-Medik telah melaksanakan Program Amal Khatan Nusantara di Masjid Wasatiyah,Sandakan. Seramai 61 orang anak-anak diterunakan oleh doktor-doktor yang turut dibantu oleh sukarelawan.

Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS), I-Medik Sabah, Postgraduate Medical Education Society (PGMES) Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu, Persatuan Pembantu Pegawai Perubatan, PAPISMA.

Taklimat oleh Dr Nujaimin Udin, pakar bedah neurosurgeri HSNZ kepada mudim-mudim sebelum memulakan program Amal Khatan Nusantara di Sandakan .
