#KitaJagaKita

I-Medik sampaikan kesedaran bahaya denggi kepada masyarakat Rohingya

photo_2016-02-07_20-50-22

BANGI, Jumaat – Pasukan sukarelawan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) cawangan Wilayah Persekutuan Selangor (WPS) hari ini, menyantuni anak-anak Rohingya bagi memberi kesedaran mengenai bahaya denggi.

Objektif program dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak-anak Rohingya mengenai bahaya denggi yang melanda Malaysia kebelakangan ini.

Aktiviti program telah dimulakan dengan penerangan bahaya denggi, kebersihan sekitar serta sesi membaca “read aloud” dan berakhir dengan penyampaian bantuan berbentuk makanan, pakaian dan buku.

photo_2016-02-05_12-04-26 12654433_1036443249754911_1603599974900835464_n

12662585_1036442813088288_5598074975050150161_n

 

 

 

 

 

 

Program yang disertai oleh 60 orang kanak-kanak dan ibu bapa ini berjaya mengeratkan hubungan antara I-Medik selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk berkhidmat kepada masyarakat, dengan masyarakat Islam Rohingya yang menetap di Malaysia.

I-Medik dalam satu kenyataannya, menzahirkan penghargaan kepada Muslim Aid Malaysia kerana peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk menjayakan program kemasyarakatan itu.

“Sejuta penghargaan kepada wakil Muslim Aid Malaysia, Encik Muhammad Azlan kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada I-Medik untuk menjayakan program ini.

“Difahamkan seorang wanita warga Rohingya telah meninggal dunia disebabkan penyakit denggi. Oleh itu, dengan penerangan yang diberikan, diharapkan mereka sedar bahaya denggi dan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim.

Seramai enam orang sukarelawan iMedik yang diketuai oleh Pengerusi Negeri I-Medik WPS, Dr Irfan Salmi menyertai program itu sebagai memenuhi undangan Muslim Aid Malaysia.

Antara sukarelawan yang hadir ialah Dr Anayasmin Azmi, Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim, Zubair Suhaimi, Dr Azimah Roslan, Dr Sabrina Najwa Ashari dan Dr Rahman Dasuki.

photo_2016-02-05_12-05-49

12647536_1036443299754906_8097849380596408910_n

photo_2016-02-07_20-50-30