I-Medik SABAH dijemput membuka booth dan berkongsi tentang peluang pekerjaan di bidang kesihatan dengan pelajar-pelajar lepasan SPM di Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah dalam Karnival Lepasan Sekolah anjuran KELAB Remaja ISMA SABAH – KRIM SABAH
Gambar pendaftaran adik-adik lepasan sekolah
Booth ujian saringan kesihatan – Blood pressure
Dr Fazehan, ahli I-Medik dan pegawai perubatan Sakit Puan Hospital Wanita & Kanak-kanak diberi peluang sebagai penceramah dalam salah satu slot.
Bidang kesihatan ialah sektor yang sangat diperlukan terutamanya kakitangan sokongan. Walau bagaimanapun ia perlukan kesungguhan dan semangat, rasa prihatin untuk membantu dan kesediaan berkhidmat di luar masa rehat. Satu hari mungkin ada yang merasakan pulangan tidak sepadan dengan kerja yang dibuat. Diharap adik-adik semua memilih jurusan yang tepat dan sesuai dengan minat, kemampuan dan personaliti masing-masing.