#KitaJagaKita

I-Medik Negeri Sembilan – Bahaya Pornografi

WhatsApp Image 2022-07-19 at 6.49.14 PM (1)

SEREMBAN, 20 Julai 2022 – I-Medik Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Remaja Isma Seremban telah menganjurkan satu perkongsian bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Seremban yang bertajuk “Bahaya Pornografi”.

Perkongsian telah disampaikan sendiri oleh Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Naib Presiden I-Medik Pusat dan pengubal Modul Pendidikan Seksualiti & Kesihatan Reproduktif (ReproAlert).

Program ini diadakan adalah sebagai satu inisiatif kepada anak-anak remaja faham akan bahaya dan ketagihan pornografi akan membawa kepada kebinasaan diri dan generasi akan datang.

Semoga program ini dapat membawa impak yang besar buat mereka dan dijauhkan daripada budaya negatif ini.