#KitaJagaKita

I-Medik : Kempen Bantu Pesakit Sihat

Capture.PNGij

 

I-Medik sarawak bersama-sama Yayasan Ikhlas ke rumah seorang pemuda berusia 23 tahun yang menghadapi penyakit Arthrogryposis Multiple Congenita (AMC) pada 17 Oktober lalu, menghulurkan bantuan berbentuk kerusi roda khas yang menyenangkan pesakit masuk ke tandas , selain bantuan lampin pakai buang.
Lantaran mereka yang seusia Awang yang sedang menyambung pelajaran dan bekerja menampung hidup, namun Awang Zul masih lagi memerlukan kudrat ibunya yang tidak mempunyai pendapatan dalam membantu kehidupan Awang Azrul.
Pemuda yang berasal dari Kuching, Sarawak ini memerlukan rawatan yang mencecah puluhan ribu ringgit bagi membantu penyakit yang dihidapinya.
Kelihatan keadaan Awang Azrul harini yang sangat kurus kering akibat penyakit yang sedang dialaminya.
Ayah awang pula tidak dapat membantu menguruskan keadaan awang kerana menghidapi penyakit gout yang menghalangnya untuk membantu awang dalam melakukan aktiviti harian dan tidak mampu mengangkat awang untuk ke tandas.
Bagi yang ingin meringankan beban Awang serta keluarga boleh salurkan bantuan ke Awang menerusi akaun Maybank I-Medik 562834635104,Rujukan BPSYI atau boleh melalui akaun Yayasan Ikhlas Maybank: 5628 3463 6228.