13 Mac 2022 – Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia turun memeriahkan Karnival Anak Watan di Taman Tasik Cempaka Bandar Baru Bangi menjalankan Program Saringan Kesihatan.

Pembukaan booth kesihatan kepada pengunjung bagi mereka yang ingin membuat saringan kesihatan dan konsultasi berkenaan kesihatan diri daripada ahli I-Medik yang terdiri daripada doktor kesihatan dan pengawai farmasi.

Turut diadakan aktiviti kepada pengunjung, seperti aktiviti langkah-langkah mencuci tangan dengan betul kepada kanak-kanak untuk dipraktikkan .

Ahli farmasi , Puan Aisya Nabilah Abd Rahman menyampaikan sabun cuci tangan kepada kanak-kanak yang menyertai kuiz langkah-langkah mencuci tangan