#KitaJagaKita

I-Medik bersama Team Reproalert santuni Pusat Tahfiz

WhatsApp Image 2022-04-05 at 8.47.52 PM (3)
Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dalam usaha untuk menyantuni pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.
Alhamdulillah, menjelang ramadhan pada tahun ini, beberapa buah pusat tahfiz telah berjaya I-Medik santuni dan mengadakan program dengan menyampaikan perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada pusat tahfiz.
Pada 2 April 2022, I-Medik Negeri Sembilan telah mengadakan program perkongsian berkaitan Ramadan dan kesihatan di Madrasah Darul Islah yang disampaikan oleh Dr Zakwan Ilias, Pengerusi I-Medik Negeri Sembilan.
Baru-baru ini, turut diadakan program perkongian oleh I-Medik Selangor kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh di Batang Kali.
Semalam, Team ReproAlert I-Medik menerima jemputan ke Maahad Tahfiz Al-Aqsa . Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar sebagai penasihat dan Dr Aliff Asyraf sebagai salah seorang penggubal modul Reproalert wakil team ReproAlert berkunjung dan bertemu pengajar di sana membincangkan dan menyusun atur program pendidikan reproduktif dan seksualiti berasaskan kekeluargaan yang bersesuaian dengan keadaan semasa di maahad tahfiz.