Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bagi penduduk kampung di Baling Kedah yang ditimpa musibah banjir lumpurbaru-baru ini.
Pasukan sukarelawan I-Medik Kedah yang diketuai oleh Dr Amirah binti Jalil turut bersama beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan lain telah membuat tinjauan ke Kampung Sadek, Kupang, Baling.
Para sukarelawan turut membantu membersihkan rumah yang telah diselaputi lumpur bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.
Pasukan bantuan banjir I-Medik Kedah dijadualkan akan turun lagi bagi menyampaikan misi bantuan kepada para mangsa yang memerlukan.
Bantuan masih diperlukan bagi penduduk kampung bagi menggantikan semula kerosakan rumah, harta benda dan barangan keperluan asas.







Jika ada yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke tabung bencana I-Medik:





Klik pautan ini sekiranya berminat untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan kami
