Disebabkan ada banyak berlalu di wall Facebook saya berkenaan video individu mendakwa dapat bertemu dan berkomunikasi dengan Nabi Muhammad SAW makanya nak kongsi sedikit tentang kemungkinan kepada penyebab individu tersebut membuat kenyataan begitu.
Tapi kalini nak fokus pada emosi jenis mania yang berlaku kepada penghidap penyakit Bipolar Type 1 (jenis 11 nanti post lain)
Dalam nak kategorikan pesakit sedang mengalami fasa mania ada beberapa kriteria yang boleh kita ambil kira. Salah satunya adalah gejala ‘grandiose’, rasa ‘special’, rasa istimewa, rasa ada kelebihan atau keupayaan yang tiada pada orang lain. Hanya diri kita yang paling bagus, terbaik and I am at the top of the world. Tiada langsung yang setara dengan kita.
Dan kerap kali rasa ‘grandiose’ ini berkait rapat dengan budaya/cara hidup seseorang yang bertemakan ‘keagamaan’
Saya nak kongsi antara gejala grandiose yang pernah saya lihat :
1. Doktor jangan bagitahu orang lain, anak saya ini Imam Mahdi. Dia akan selamatkan dunia. Jadi saya kena selamatkan dia dari orang jahat yang ada.
2. Doktor nak tengok macam mana Saidatina Aisyah masuk badan saya? Sambil pesakit melakukan ritualnya tersendiri menyeru ‘Saidatina Aisyah’ yang beliau maksudkan
3. Doktor, di kaki saya ini ada pedang Rasullulah untuk selamatkan kita semua bila Dajal muncul.
4. Doktor, saya inilah Imam Mahdi. Saya akan selamatkan doktor dan semua manusia yang ada.
5. Semalam Jibril turun sampaikan wahyu kepada saya. Jadi saya kena sampaikan seruan ni pada semua. Siapa yang degil, mereka semua kafir. Musuh Allah.
6. AlQuran ini saya nampak cahayanya setiap kali saya baca. Itu tandanya sayalah pewaris di akhir zaman nanti.
7. Kenapa saya pukul dia? Sebab dia solat tak betul, baca Quran tak betul. Ambil wuduk pun salah. Bila saya nak betulkan,dia degil. Jadi memang patutlah saya pukul dia. Saya ini wali Allah, tapi mereka tak percaya.
Dan mereka ini selepas sihat terima rawatan, langsung tak ingat tentang gejala grandiose yang pernah mereka alami.
Banyak lagi gejala grandiose yang lain. Dan banyak lagi petanda mania dalam penyakit Bipolar type 1, tapi cukup untuk saya jelaskan bahawa, di zaman media sosial ini semua perkara yang viral, pasti ada cerita lain di sebaliknya.
Tanpa menidakkan adanya individu yang diberi keistimewaan, tapi bukan sampai tahap menggugat akidah dan iman. Moga yang dekat dengan individu berkenaan dapat bantu untuk dapatkan rawatan.
Kita bantu, kita cakna.
Dr Najwa Hanim
Psikiatri dan Kesihatan Mental