1. Gigi bongsu biasanya tumbuh tidak sempurna, samada tumbuh separa, kurang separa atau tidak tumbuh langsung.
2. Kenapa gigi ni tumbuh tak sempurna? Kerana ia tumbuh di kawasan yang sempit, tak ada ruang. Pasal tu dia selalu tak tumbuh habis atau senget.
3. Ia tumbuh pada usia sekitar 17 ke 26 tahun. Selalu orang terkejut, eh dah makin tua pun ada gigi baru nak tumbuh? Ia dipanggil bongsu kerana selepas gigi ini tumbuh, tak ada dah gigi lain yang akan tumbuh. Ini yang terakhir ya.
4. Gigi ini kebiasaannya memberi ketidakselesaan kepada kita, samada sakit, membengkak, atau jangkitan kuman yang mungkin membawa kepada perlunya rawatan kecemasan di hospital.
5. Paling ditakuti jika kawasan gigi bongsu tidak dapat dibersihkan dengan baik, lalu menyebabkan gigi depannya berlubang.
6. Namun, ada juga yang langsung tidak memberi sebarang masalah. Tiada sakit mahupun bengkak. Gigi tumbuh elok, atau tumbuh separuh atau tidak tumbuh langsung. Beruntunglah kome!
7. Nak cabut ke tidak? Persoalan yang selalu menjadi dilema. Jawapan saya, jika ia tidak memberi masalah, anda selesa, tidak sakit dan anda boleh memberus dan menjaga kebersihan gigi itu, maka tidak perlulah dicabut.
8. Jadi, bila ia perlu dicabut? Apabila kawasan gigi/gusi ada jangkitan terutamanya jangkitan yang berlaku beberapa kali (bengkak berkali-kali dan nanah).
9. Selain itu, apabila gigi bongsu berlubang, lubang yang tidak sesuai untuk ditampal, mungkin kerananya lubangnya terlalu besar atau terlalu dalam, begitu juga jika lubang berlaku pada gigi hadapan. Gigi bongsu perlu dicabut supaya gigi depannya dapat ditampal.
10. Sampai sekarang masih tak tahu kome ada gigi bongsu ke idok? Ape lagi, datangle kome ke klinik. Kami tolong check.
Dr. Yuliana Bt Ayob
Sektor Pergigian I-Medik