#KitaJagaKita

Ganja, dadah permulaan

21 Januari 2019. Pemandu Toyota Vios berusia 21 tahun yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, semalam, didapati positif ganja.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata keputusan itu diketahui selepas ujian saringan awal dilakukan terhadapnya.

Menurutnya, polis juga sudah mengambil sampel darah mangsa untuk mengetahui kandungan alkohol dalam badannya.

Ganja a.k.a kanabis
Ganja adalah dadah yang paling popular di Malaysia. Ianya juga dianggap sebagai dadah ‘gateway’ kepada dadah jenis lain yang lebih teruk kesannya. Menurut statistik, kebanyakan penagih dadah jenis lain bermula dengan dadah jenis ganja terlebih dahulu. Diluar negara, ganja lebih dikenali sebagai marijuana (dibaca mari-wana bukan mari-jua-na). Istilah lain yang popular di Malaysia selain ganja pula adalah “boh”, “balut”, “daun” dan bahkan ada juga menggelarkan ganja sebagai “husin” atau “usin”.

Selain gelaran yang unik untuk susah difahami oleh orang awam, ada juga gaya pergerakan tangan yang dibuat untuk menunjukkan simbol “ganja” ini. Contohnya sekiranya individu A mahu bertanya kepada individu B adakah beliau memiliki sedikit ganja untuk dikongsi, individu A akan menggores-gores telapak tangannya menggunakan ibu jari tangan yang sama (gaya seperti sedang balut rokok). Harga sebata ganja ini lebih kurang RM900 ke RM1500.

Sememangnya dadah adalah musuh negara dan boleh membawa padah.Gara-gara dadah seorang anak sanggup membunuh ibunya…ayah sanggup merogol anaknya…dan banyak lagi kes-kes yang sering di paparkan di media massa dan media elektronik..

Sumber : Astro Awani