“Empowerment dan visibility. Ini adalah dua kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi. I-Medik perlu perkukuhkan dua benda ini”, ulas Presiden I-Medik, Profesor Dr. Azizi Ayob dalam sidang Pemukiman JKP dan Pengerusi Negeri I-Medik yang telah berlangsung di Hotel Tenera, Bangi, pada 18 dan 19 Februari yabng lepas.
“Dengan jumlah ahli yang ramai, mereka perlu diperkasa, diberikan empowerment supaya mereka boleh menyumbang sesuatu kepada organisasi”, tambahnya lagi.
Beliau turut mengulas peranan media sosial sekarang untuk lebih menambah kebolehnampakkan I-Medik sebagai sebuah badan professional perubatan dan kesihatan yang berkaliber di Malaysia.
“Masyarakat perlukan rujukan yang dipercayai. Kita perlu ke hadapan untuk menyediakan maklumat yang betul kepada mereka.”
Seramai lebih 30 orang perwakilan daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai pemukiman yang diadakan setiap tahun.