#KitaJagaKita

Dos Penggalak, Vaksin Remaja Harapan Atasi Krisis Kesihatan

WhatsApp Image 2021-09-21 at 9.10.54 AM

Perkembangan pemberiaan vaksin Covid-19 di negara ini berada pada landasan yang betul selaras dengan perancangan Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan lebih 78.2 peratus dewasa sudah lengkap menerima dua dos vaksin..

Timbalan Pengarah Kajian Pembangunan Inovasi (IRDI),Prof Dr Azizi Ayob berkata “pemberiaan dos penggalak ini bukan bermakna vaksin diberi itu tidak memberi kesan perlindungan klinikal seperti dikehendaki.Sebaliknya usaha itu akan memberi perlindungan tambahan kepada golongan rentan”

Antara tujuan utama pemberiaan dos penggalak adalah disebabkan varian delta covid-19 yang disahkan sebagai varian dominan di negara kita sejak dikenal pasti pada awal tahun ini yang membabitkan beberapa sub turutan dengan ciri dan mutasi sedikit berbeza daripada covid-19 yang asal.

Selain itu, ujar beliau lagi, “ vaksin covid-19 juga harus diberikan kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun termasuk pelajar sekolah melalui PICK yang akan memulakan proses vaksinasi mengikut keutamaan. Keutamaan yang membabitkan remaja yang mempunyai masalah penyakit kronik , diikuti individu remaja tanpa masalah perubatan dan berdasarkan penurunan umur”

Kata beliau lagi, “pemberian vaksin ini perlu kerana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga sudah mula memberi kebenaran pembelajaran bersemuka di kelas yang akan bermula Oktober nanti secara berperingkat.”

Untuk berita penuh boleh ke halaman MukaSepuluh akhbar Berita Harian edisi  21 September 2021 .

#keratanakhbar #Beritaharian #Covid19 #Vaksin