?BERITA HARIAN EDISI 11 SEPTEMBER 2021
| Penyelesaian Proaktif,Holistik Atasi Tekanan Pekerja Kesihatan |
Kajian pada peringkat global membabitkan beberapa negara memberi petunjuk gejala tekanan melampau (burnout)dalam kalangan pekerja kesihatan pada fasa pandemik berlaku dimana-mana negara terkesan tanpa terkecuali.
Dr Rozanizam Zakaria Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) berkata, “antara isu selalunya menyumbang tekanan melampau ialah bebanan kerja,isu konflik dengan pengurusan di tempat kerja dan kekurangan penghargaan serta sokongan sosial”.
Tambahan lagi, “ada juga mengalami masalah emosi akibat isu praktikal sehari-hari seperti tiada tempat penjagaan sesuai untuk anak,kebimbangan menjangkiti anak dan risau perkembangan pelajaran mereka akibat kekurangan masa serta perhatian”.
Beliau berharap agar “kerajaan melihat isu ini secara holistic dan proaktif. Inisiatif meyediakan perkhidmatan sokongan psikososial dan kaunseling serta inisiatif elaun khas Covid-19 kepada pekerja adalah wajar serta harus diteruskan “
“Kerajaan juga perlu memperhalusi bebanan tugas pekerja kesihatan dengan memastikan mereka mendapat cuti dan rehat mencukupi”.
Untuk berita penuh boleh ke halaman 11 akhbar Berita Harian 11 September 2021 .
#keratanakhbar #beritaharianonline #Covid19 #emosi