#KitaJagaKita

Ceramah ‘Say No To Zina’ di SMKA Igan

saynotozina_SMKAIgan

Mukah, 14 November 2015- Satu Program Say No To Zina telah diadakan di SMKA Igan, Mukah, Sarawak. Program berbentuk ceramah yang dihadiri oleh lebih 200 orang pelajar SMKA Igan ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Sarawak, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sarawak dan SMKA Igan, Sarawak.

IMG-20151114-WA0010

 

Ceramah telah disampaikan oleh Dr Khairol Jambli, seorang pegawai perubatan yang juga merupakan pengerusi I-Medik Sarawak. Berobjektifkan untuk menyedarkan pelajar tentang bahaya zina dan cara mengelakkannya, program ini telah mendapat maklumbalas yang baik daripada para guru dan pelajar sekolah berkenaan.

 

IMG-20151114-WA0009

 

Menurut seorang warden asrama di sekolah berkenaan, budaya ‘dating’ telah mula menular di kalangan pelajar walaupun sekolah terletak di kawasan luar bandar. Beliau meletakkan harapan program ini dapat membantu menyedarkan para pelajar tentang bahaya zina dan dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam apa sahaja aktiviti yang boleh menjurus ke arah budaya tersebut.