#KitaJagaKita

Ceramah “Anda Bijak Katakan Tidak”

Damansara 30 Julai – Sesi ceramah ‘Anda Bijak Katakan TIDAK’ telah diadakan dengan jaya nya di Sekolah Menengah Seksyen 8 Kota Damansara dengan kerjasama KRIM cawangan KL dan IMEDIK KL/Selangor.

Sesi yang dihadiri oleh hampir 200 pelajar dari tingkatan 3-5 merupakan satu sesi interaktif dan membuktikan para pelajar sekolah ini sangat proaktif dan berpengetahuan.

photo_2015-07-31_16-19-05

“Pada tahun 2008 sahaja secara purata sebanyak 270 kes pengguguran dilaporkan dalam sehari,” menurut Dr Anayasmin.

Program ini turut mengupas fisiologi tubuh badan remaja dan komplikasi tingkahlaku sosial serta menekankan punca yang menyeret remaja ke arah itu.

photo_2015-07-31_16-19-14

photo_2015-07-31_16-16-06

“Buatlah keputusan dalam hidup ini dengan iman dan etika kesopanan seorang manusia agar tidak menyesal di kemudian hari,” penutup yang ditekankah oleh Dr Anayasmin yang merupakan penceramah di program ini.