#KitaJagaKita

Berkelakuan agresif dan meracau, namun bukan penyakit mental. Wanita ini rupa-rupanya…

featured image dr roza save area

Nampak Macam Penyakit Mental, tapi Bukan Penyakit Mental.

Seorang pesakit wanita, usia awal 30-an, keluarga bawa ke kecemasan kerana berkelakuan luar dari kebiasaan. Mudah marah, mengamuk, meracau, tuduh suami curang dan ada niat jahat nak bunuh dia. Tak tidur malam dan susut berat badan.

Selepas sebulan berubat sana sini, keluarga bawa ke hospital. Dirujuk kepada pakar psikiatri kerana terlalu agresif.

Dalam wad, pemeriksaan mendapati ada bengkak di leher. Seperti diagak, ujian darah mendapati tiroid (thyroid) pada tahap yang tinggi.

Diagnosis – hipertiroidisme (hyperthyroidism), betulkan kembali aras tiroid, selepas seminggu, gejala semakin hilang dan pesakit kembali seperti peribadi sebelum sakit. Antara penyakit yang selalu mimik/menyerupai penyakit mental ialah masalah tiroid.

Tiroid rendah boleh menyebabkan gejala seakan-akan kemurungan – badan letih, hilang motivasi, pergerakan perlahan.

Tinggi tiroid pula menyebabkan gejala seakan-akan mania dalam bipolar – tak tidur, mudah marah, impulsif, banyak tenaga. Ataupun gejala kegelisahan (anxiety) berdebar, berpeluh, gelisah. Malah ada yang alami gejala psikosis seakan schizophrenia.

Jadi rawatannya adalah betulkan kembali gangguan tiroid tu. Yang rawat adalah doktor bahagian perubatan/endokrinologi. Bukan pakar psikiatri atau pakar psikologi.

Sebab itu bila ada gejala penyakit mental, kena dapatkan penilaian doktor.

Jangan self-diagnose.

Jangan Google, tengok Twitter, YouTube, TikTok, tanya kawan – terus declare “aku rasa aku ada X,Y,Z..”

Dr. Rozanizam Zakaria
Pensyarah dan Pakar Psikiatri UIAM
Naib Presiden I-Medik